Malaysia–Jepun tingkat kerjasama melalui CEAPAD untuk bangunkan Gaza

SANDAKAN – Malaysia akan bekerjasama dengan Jepun dalam usaha membangunkan semula Gaza melalui Conference on Cooperation among East Asian Countries for Palestinian Development (CEAPAD), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata, Jepun telah menyatakan persetujuan untuk menjadi rakan strategik dalam memperkukuh sinergi pembangunan semula Gaza serta menyokong inisiatif kemanusiaan yang digerakkan oleh Malaysia.

“Alhamdulillah, kita akan bekerjasama dengan Jepun dalam membangunkan semula Gaza kerana negara itu sudah bersetuju melalui CEAPAD.

“Ia merupakan satu gabungan bagi membangunkan semula sinergi Gaza, dan akan ada pengumuman-pengumuman lanjut berhubung usaha ini dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Himpunan Solidariti Dan Meraikan Kepulangan Wira/Wirawati GSF Nusantara di Dataran Piaza, Habour Mall, di sini pada Ahad.

Menurut Zulkifli, mesej yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu Gaza amat jelas iaitu semua pihak termasuk kerajaan, sektor korporat dan masyarakat perlu bersatu hati dalam membantu rakyat Palestin.

Dalam pada itu, Zulkifli turut menzahirkan penghargaan terhadap tiga anak muda Sabah iaitu Zizi Kirana, Sul Aidil dan Khairul Yunus yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) Nusantara dan baru-baru ini dibebaskan daripada tahanan penjara Keziot di Israel.

“Alhamdulillah, mereka telah selamat pulang ke tanah air dan malam ini kita dapat lihat bagaimana warga Sandakan bersatu hati menzahirkan semangat ukhuwah serta persaudaraan kepada saudara kita di Gaza dan Palestin,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan bersama NGO-NGO utama akan terus memperkukuh kerjasama agar setiap inisiatif bantuan dan pembangunan semula Gaza dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berkesan.

“Kita mahu memastikan usaha ini tidak dilakukan secara bersendirian tetapi melalui satu kolaborasi gabungan di bawah naungan kerajaan, melibatkan NGO serta badan masyarakat sivil,” jelasnya.

Zulkifli turut menyatakan bahawa rakyat Malaysia perlu kekal bersatu menentang jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel serta memperkukuh sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

“Kita bersatu hati untuk menghentikan jenayah kemanusiaan yang dilakukan rejim Zionis dan terus berdiri teguh bersama Palestin,” katanya.

Program berkenaan dianjurkan oleh Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Sandakan dengan kerjasama The Elopura Hotel, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah serta beberapa NGO tempatan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; pemilik The Elopura Hotel, Datuk Md Afendi Hamdan; Ketua USIA Bahagian Sandakan, Datuk Haji Alipudin Puyun dan Timbalan Ketua USIA Bahagian Sandakan, Awang Japar.

Related Posts

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyarankan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak membawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya, sebaliknya memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya