Kerajaan terus sokong program berimpak tinggi perkasa potensi belia

SANDAKAN – Kerajaan sentiasa menyokong penganjuran program berimpak tinggi yang mampu membangunkan potensi belia secara menyeluruh dari aspek intelektual, sosial dan spiritual.  

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berkata, menerusi penganjuran Program Jamboree on the Air (JOTA) ke-68 dan Jamboree on the Internet (JOTI) ke-68 Stesen Utama Pengakap Negeri Sabah membuka ruang komunikasi dan interaksi antara ahli Pengakap di seluruh dunia melalui gelombang radio dan rangkaian internet.

“Program itu juga dapat menerapkan semangat persahabatan sejagat, kerjasama serta sikap saling menghormati tanpa mengira bangsa, agama dan sempadan geografi.

“Dalam era digital masa ini, keupayaan menguasai teknologi komunikasi amat penting bagi melahirkan generasi yang berdaya saing dan berfikiran global,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan program Perkhemahan JOTA-JOTI Peringkat Antarabangsa di Gilwell Scouts Nature Park, di sini pada Ahad.

Vivian berkata, JOTA-JOTI bukan sekadar aktiviti tahunan, tetapi platform bagi membina kepimpinan, semangat kerjasama dan jaringan antarabangsa dalam kalangan belia.

Seramai 648 ahli Pengakap pelbagai peringkat umur bersama petugas dari enam daerah menyertai JOTA-JOTI 2025 yang diadakan selama tiga hari di Gilwell Scouts Nature Park, di sini, bermula Jumaat lalu.

Program tersebut anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Sabah dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Majlis penutupan turut dihadiri Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sabah, Jamaludin Jinal, Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri, Datuk Awang Zaini Suntim dan Pengarah Program JOTA-JOTI 2025 bagi Stesen Utama Negeri Sabah, Barmuli Parudin.

Related Posts

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

SARATOK – Sepasang kekasih ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan di Kampung Gerigat, Kabong, pada Selasa. Kedua-dua suspek masing-masing lelaki tempatan berusia 31 tahun dari Kampung Nyabor dan wanita tempatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

SIBU – Seorang wanita warga emas berusia 78 tahun dilaporkan hilang dipercayai selepas keluar menuju ke kawasan kebun berhampiran Rumah Philip Kayak, Durin pada petang Rabu. Pusat Gerakan Operasi Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3