MTSP terima pengiktirafan sebagai rakan NADMA

KUANTAN – Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) melangkah ke fasa lebih besar apabila secara rasmi diiktiraf sebagai rakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sekali gus mengiktiraf keupayaan pasukan sukarelawan muda dalam membantu pengurusan bencana di Pahang.

Naib Pengerusinya, Mohd Kamil Ibrahim berkata, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas kepercayaan diberikan terhadap organisasi itu berganding bahu bersama NADMA dalam memperkukuh kesiapsiagaan bencana.

“Pengiktirafan ini adalah tanda besar (kepercayaan) terhadap kemampuan sukarelawan muda Pahang.

“Dengan izin Allah, MTSP akan terus bersama NADMA mempermudah urusan pra dan pasca bencana, meringankan beban rakyat serta memastikan setiap titis keringat sukarelawan menjadi amal jariah yang mengalir untuk negeri tercinta,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang sejak awal menunjukkan pandangan jauh dengan menubuhkan MTSP sebagai platform menggerakkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan anak muda di negeri ini.

Pengiktirafan itu, kata Mohd Kamil, memberi suntikan semangat kepada MTSP dalam memainkan peranan lebih signifikan dalam koordinasi bantuan kemanusiaan dan pengurusan bencana di Pahang.

“Ia seiring dengan aspirasi kerajaan untuk memperkukuh jaringan sokongan antara agensi dan masyarakat,” jelasnya.

Related Posts

1,400 peniaga Sabak Bernam nikmati diskaun sewa 30 peratus selama enam bulan

SABAK BERNAM – Seramai 1,400 peniaga yang menyewa premis di bawah seliaan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) bakal menikmati pengurangan kadar sewa sebanyak 30 peratus selama enam bulan menerusi Pakej…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH muktamad manifesto PRN Johor Isnin ini, tawar agenda realistik demi kepentingan rakyat

KULAI – Pakatan Harapan (PH) akan memuktamadkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Isnin ini sebelum melancarkan tawaran rasmi kepada rakyat negeri itu dalam masa terdekat. Ketua Setiausaha PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

1,400 peniaga Sabak Bernam nikmati diskaun sewa 30 peratus selama enam bulan

1,400 peniaga Sabak Bernam nikmati diskaun sewa 30 peratus selama enam bulan

England juara kumpulan L, atasi Panama 2-0

England juara kumpulan L, atasi Panama 2-0

Kempen Beli Barangan Malaysia dijelma semula sebagai Jom Malaysia

Kempen Beli Barangan Malaysia dijelma semula sebagai Jom Malaysia

APM perhebat kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana, MADANI KITA perlu diperluas

APM perhebat kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana, MADANI KITA perlu diperluas

PH yakin bekas ahli PKR bertanding atas tiket Bersama tidak jejas sokongan pengundi

PH yakin bekas ahli PKR bertanding atas tiket Bersama tidak jejas sokongan pengundi

PRN Johor: Majoriti kerusi DUN saksikan pertandingan tiga penjuru, 14 kerusi BN-PH bertembung

PRN Johor: Majoriti kerusi DUN saksikan pertandingan tiga penjuru, 14 kerusi BN-PH bertembung