Kehadiran Mahathir perkukuhkan perjuangan reformasi

PKR mengalu-alukan penyertaan Dr Mahathir Mohd Rais ke dalam parti itu, yang disifatkan sebagai satu langkah positif dalam memperkukuh usaha reformasi demi masa depan negara yang lebih adil dan progresif.

Pengarah Strategi Pusat PKR, Sim Tze Tzin berkata, Mahathir merupakan seorang tokoh muda yang bergiat aktif dalam dunia politik dan advokasi keadilan sosial.

“Dr. Mahathir merupakan seorang tokoh muda yang bergiat aktif dalam dunia politik dan advokasi keadilan sosial.

“Beliau pernah menjawat beberapa jawatan sebagai pegawai tugas-tugas khas (PTTK) kepada Menteri dan Timbalan Menteri dalam pentadbiran terdahulu.

“Beliau juga lantang bersuara dan merupakan kolumnis yang banyak menulis tentang isu ekonomi dan keadilan sosial, integriti dan tatakelola baik, dan wadah kepelbagaian kaum dan agama,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

Menurut Tze Tzin, PKR percaya pengalaman dan idealisme Mahathir yang berasaskan perjuangan menegakkan kebenaran dan integriti akan menyumbang kepada usaha parti untuk membawa perubahan menyeluruh.

“Kami percaya, dengan pengalaman luas serta idealisme beliau yang berasaskan kepada perjuangan menegakkan kebenaran dan integriti, Dr. Mahathir akan memperkukuh usaha parti untuk membawa reformasi menyeluruh demi masa depan negara yang lebih adil, makmur dan progresif,” katanya.

Tambah beliau, PKR sentiasa terbuka kepada penyertaan rakyat Malaysia yang ingin bersama-sama dalam perjuangan membina negara yang inklusif dan berteraskan keadilan.

“PKR sentiasa membuka pintu kepada semua rakyat Malaysia yang ingin bersama-sama dalam perjuangan membina negara yang inklusif, progresif dan berteraskan keadilan untuk semua,” katanya.

Pada Sabtu, bekas Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan itu mengesahkan beliau kini menyertai PKR selepas menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkannya berwibawa dan berprinsip reformasi.

Mahathir berkata, keputusan itu dibuat berasaskan keyakinan terhadap hala tuju Kerajaan Perpaduan yang menekankan nilai keadilan sosial, integriti tadbir urus dan reformasi institusi.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China