RM600 juta baik pulih Carcosa Seri Negara, 6 blok Bangunan Sultan Abdul Samad

KERJA pemulihan Carcosa Seri Negara yang menelan belanja RM600 juta turut membabitkan kerja pemuliharaan enam blok bangunan dalam Kompleks Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur.

Perkara itu dijelaskan oleh Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir yang berkata, pelaburan ini adalah sebahagian daripada inisiatif di bawah Warisan KL, yang akan terus menggiatkan semula warisan ibu kota dan mentakrifkan semula peranannya sebagai hab budaya dan ekonomi.

Beliau berkata, ia juga akan menghubungkan sejarah Malaysia dengan masa depan yang kreatif dan progresif.

“Belanjawan 2026 mencerminkan usaha dan komitmen bersama untuk memperkukuh asas negara, membina landasan ke arah Malaysia yang berdaya tahan, inklusif dan bersedia menghadapi masa depan.

“Khazanah kekal teguh dalam komitmen kami untuk terus bekerjasama dengan kerajaan dan rakan-rakan strategik bagi menterjemahkan keutamaan negara kepada kemajuan sebenar buat rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2026 pada Jumaat lalu memaklumkan Khazanah melabur sebanyak RM600 juta untuk kerja-kerja membaik pulih bangunan bersejarah Carcosa Seri Negara.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan sudah berunding pemulangan bangunan yang dibina pada 1896 oleh Sir Frank Swettenham itu menjadi kediaman rasminya sejak 1904 itu daripada British.

Pada masa sama, Amirul Feisal berkata, Khazanah akan terus bekerjasama dengan kerajaan dan rakan-rakan strategik di bawah Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk menterjemahkan keutamaan ini kepada nilai jangka panjang buat negara.

Jelasnya, melalui Dana Impak dan Jelawang Capital, Khazanah melabur untuk memperluas peluang, membina keupayaan dan memupuk ekosistem inovasi Malaysia.

Program Syarikat Pertengahan Khazanah katanya akan menyediakan pembiayaan sehingga RM250 juta bagi membantu syarikat bersaiz sederhana untuk berkembang dan meningkatkan daya saing dalam rantaian nilai.

Beliau berkata, Khazanah akan terus menyokong agenda pelaburan strategik Kerajaan dalam bidang keutamaan seperti semikonduktor, peralihan tenaga dan nadir bumi.

“Dalam sektor semikonduktor, kami terus menggalakkan kerjasama antara syarikat tempatan dan rakan kongsi multinasional. Bersama GLIC lain, usaha ini mencerminkan dorongan kolektif untuk memperkukuh pelaburan domestik di bawah inisiatif GEAR-uP.

“Melengkapkan usaha ini, program K-Youth memperuntukkan RM200 juta untuk menyediakan latihan berasaskan kerja kepada 11,000 rakyat Malaysia dalam sektor bernilai tinggi, melengkapkan bakat tempatan untuk industri masa hadapan.

“Khazanah turut menyokong inisiatif memperkukuh hubungan antarabangsa dengan pemerkasaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan meningkatkan kesalinghubungan udara dan menarik pelaburan, sekali gus memperkukuh sektor penerbangan dan pelancongan negara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya.

Related Posts

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

KUALA LUMPUR — Tabung Haji (TH) kekal kukuh dengan jumlah aset RM98.58 bilion berbanding liabiliti RM95.63 bilion, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk Kerajaan Persekutuan mengambil langkah konkrit dan holistik yang boleh dilaksanakan menerusi Belanjawan 2027 bagi menangani penghijrahan doktor daripada sistem kesihatan awam yang semakin membimbangkan. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM