Palace bergaya tewaskan Dynamo Kyiv

CRYSTAL Palace memulakan kempen penuh pertama mereka dalam saingan Eropah dengan langkah bergaya apabila menewaskan Dynamo Kyiv 2-0 pada aksi kumpulan Liga Konferens UEFA, awal pagi tadi.

Pemain sayap Colombia, Daniel Munoz membuka tirai jaringan menerusi tandukan padu pada babak pertama di Lublin, lokasi Dynamo beraksi selaku tuan rumah susulan perang di Ukraine.

Penyerang England, Eddie Nketiah kemudian menambah gol kedua sebelum sejam permainan, menolak masuk kemas hantaran silang Yeremy Pino untuk mengesahkan kemenangan serta rekod baharu kelab – 19 perlawanan tanpa kalah.

Namun, Palace terpaksa mengharungi 15 minit terakhir dengan 10 pemain selepas Borna Sosa dilayangkan dua kad kuning berturut-turut.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu layak ke pentas Eropah selepas menumbangkan Manchester City pada final Piala FA musim lalu, sebelum diturunkan ke Liga Konferens kerana melanggar peraturan pemilikan kelab UEFA.

Sebelum ini, pengalaman tunggal Palace di Eropah hanyalah dua aksi timbal balik Piala Intertoto pada 1998.

The Eagles kini antara pasukan pilihan memburu kejuaraan dan akan menanti kunjungan AEK Larnaca dari Cyprus pada aksi berikutnya pada 23 Oktober ini.

Mereka juga diundi menentang AZ Alkmaar (Belanda), Strasbourg (Perancis), Shelbourne (Ireland) dan KuPS (Finland).

Related Posts

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

PARIS Saint-Germain (PSG) meneruskan penguasaan di pentas Eropah apabila menewaskan Aston Villa 2-1 untuk mempertahankan Piala Super di Salzburg, Austria, awal pagi tadi. Gol Khvicha Kvaratskhelia dan Desire Doue memastikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chelsea miliki akademi bola sepak terbaik

AKADEMI Chelsea dinobatkan sebagai antara yang terbaik di dunia. Bukan saja dari segi pemain dilahirkan untuk mengukuhkan skuad utama, malah dari sudut keuntungan yang dijana untuk kelab sejak kebelakangan ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti