Ada bukti RM49,000 masuk akaun Wan Saiful

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu terdapat transaksi kemasukan wang berjumlah RM49,000 ke akaun bank persendirian bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, dua tahun lalu.

Penolong Pengurus Maybank Cawangan Bukit Damansara Fazilah Omar, 49, turut mengesahkan wang itu dimasukkan ke akaun Maybank Islamic menerusi cek pada 25 Oktober 2022, yang dibuka atas nama Wan Saifulruddin Wan Jan.

Bagaimanapun, saksi pendakwaan ke-11 itu tidak dapat memastikan individu memasukkan wang tersebut.

“Saya boleh sahkan terdapat kemasukan wang RM49,000 tetapi saya tidak dapat pastikan siapa yang masukkan wang itu kerana ia bukan bidang kuasa saya… tetapi wang itu telah dimasukkan.

“Jika ingin tahu butiran cek, kami boleh buat semakan dengan membuat permohonan ke ibu pejabat (Maybank),” katanya apabila dirujuk dengan penyata akaun bank berkenaan.

Fazilah berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Amirah Muhammad Ali pada perbicaraan kes Wan Saiful, yang berdepan 18 pertuduhan pengubahan wang haram dan dua pertuduhan rasuah berhubung projek Jana Wibawa.

Disoal Siti Amirah berapa kali transaksi kemasukan wang RM49,000 itu, saksi menjawab, “Hanya satu kali sahaja iaitu pada 25 Oktober 2022”.

Perbicaraan di hadapan Hakim Rosli Ahmad bersambung 3 September ini, lapor Bernama.

Wan Saiful, 49, didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada kerajaan Malaysia, secara prakelayakan bernilai RM232 juta.

Dia juga didakwa menerima wang tunai RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya – WSA Advisory Group Sdn Bhd – daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan SST bagi projek terbabit.

Wan Saiful didakwa melakukan kesalahan itu di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di Kuala Lumpur pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku antara 8 Julai hingga 30 September 2022.

Wan Saiful turut berdepan 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta, dengan memindah dan menggunakan wang hasil aktiviti haram itu antaranya bagi membayar pembelian kenderaan jenis Ford Ranger, pembayaran kepada Majlis Sukan Negara Malaysia selain memindahkan wang itu ke beberapa akaun syarikat termasuk milik Sinar Karangkraf Sdn Bhd.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Cawangan CIMB Bank Berhad Bukit Tunku di Kuala Lumpur, antara 12 Ogos dan 13 November 2022 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Related Posts

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melaksanakan intervensi pasaran bagi menstabilkan harga cili merah di Pulau Pinang susulan penurunan ketara harga ladang sejak awal tahun ini. Langkah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan gaji penengah bulanan di Malaysia mencapai RM3,500 menjelang 2030, selain meningkatkan sumbangan pampasan pekerja kepada 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menteri Sumber…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan