Masalah salah guna dadah kritikal di Kedah, Pantai Timur

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan masalah penyalahgunaan dadah di beberapa daerah terutamanya di Pendang, Kedah semakin serius apabila sudah melepasi angka 1,000 orang daripada nisbah 432 orang untuk 100,000 penduduk yang disasarkan sebelum ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, data itu diperoleh hasil pemetaan dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada himpunan data Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Kesihatan (KKM) dan pusat pemulihan narkotik swasta.

Menurutnya, data itu dibentangkan pada mesyuarat selepas Kabinet semalam berkaitan ‘World Drug Report 2023’ oleh PDRM dan KDN yang menunjukkan trend meningkat.

“Data dari empat sumber itu dikumpul dan menjadikan ia data paling kredibel dan lengkap seterusnya dianalisis oleh PDRM.

“PDRM melakukan analisis dan dicerakinkan serta merumuskan dua kaedah berkaitan nisbah penyalahgunaan dadah iaitu perbandingan dengan 100,000 penduduk dan 10,000 penduduk.

“Apabila kita buat ‘mapping’ (pemetaan), terhasil keputusan bagi 100,000 penduduk yang mana penyalahgunaan paling serius adalah di Pendang iaitu 1,333 orang,” katanya dalam sidang media di Pusat Konvension Sime Darby, hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Penutup Dialog Khas II PDRM 2024 yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi.

Katanya, nisbah melebihi 1,000 itu bukan sahaja membabitkan daerah Pendang, malah beberapa daerah lain di Kelantan dan Terengganu iaitu Machang, Bachok di Kelantan, manakala Besut, Dungun, Kemaman dan Marang di Terengganu.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, angka 1,333 itu sudah melebihi nisbah angka ideal kebangsaan yang ditetapkan sebelum ini iaitu 432 penyalahgunaan dadah bersamaan dengan 100,000 penduduk dan pada tahun ini, menyasarkan untuk mengurangkan kepada 400 orang.

“Data yang kita dapat itu sangat granular (rawak) dan ia memberikan kita data mengenai latar belakang kes mengikut kaum, taraf pendidikan, segmen pekerjaan dan pendapatan isi rumah.

“Kita dapati kelompok ramai terlibat (dadah) ialah daerah hampir 100 peratus komunitinya Melayu, dan bekerja di sektor swasta serta penganggur dengan kelayakan pendidikan minimum SPM (Sijil Persekolahan Malaysia) dengan latar belakang daripada keluarga B40 dan M40 (bawah),” katanya.

Related Posts

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Legasi dan i-Emas bagi memperkukuh jaminan kewangan serta memastikan kelangsungan simpanan persaraan ahli dalam jangka panjang. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO