Karnival Malaysia Madani sempena Hari Kemerdekaan, Hari Sabah 2024 pada 24, 25 Ogos



KOTA KINABALU – Karnival Malaysia Madani sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Sabah 2024 bakal diadakan pada 24 hingga 25 Ogos ini di Alamesra Plaza Utama.

Program anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia bersama Persatuan Pembangunan Wanita dan Warisan Bonda dengan kerjasama Gabungan Usahawan Sabah itu akan berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam sepanjang dua hari.

Dalam program ini orang ramai boleh mengambil peluang untuk mendapatkan harga jualan murah menerusi Jualan Madani yang diadakan pada Sabtu ini.

Selain itu, terdapat banyak aktiviti menarik yang disediakan untuk para pengunjung seperti saringan kesihatan percuma PEKA B40, pertandingan karaoke lagu patriotik, pertandingan mewarna kanak-kanak, senamrobik, zumba dan pelbagai lagi aktiviti lain.

Kehadiran Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud yang juga Ahli Parlimen Sepanggar akan menyerikan lagi majlis perasmian pada pukul 8 malam pada 24 Ogos nanti.

Sehubungan dengan itu, pihak penganjur mengalu-alukan para peniaga untuk membuka gerai jualan di karnival tersebut dengan bayaran tapak niaga hanya RM100 sahaja untuk dua hari.

Oleh itu, mereka yang berminat untuk membuka gerai jualan boleh menghubungi urus setia di talian 011-7118 7080 atau terus mendaftar di pautan https://forms.gle/.VszM4a7DdpR81mQg8.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

SEBANYAK kira-kira 70 peratus produk syarikat kopi dan biskut yang terpalit kontoversi berus bulu babi berjaya dikeluarkan dari pasaran di seluruh negara setakat Isnin lalu. Perkembangan itu disahkan Bahagian Pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis