Galatasaray ‘hadiahkan’ kekalahan kedua Liverpool

LIVERPOOL dikejutkan Galatasaray 0-1 pada aksi Liga Juara-Juara apabila sepakan penalti Victor Osimhen pada minit ke-16 sudah cukup memberikan kemenangan buat gergasi Turkiye itu.

Juara England dihukum atas satu lagi prestasi hambar di Istanbul, sekali gus mencatat dua kekalahan berturut-turut di bawah kendalian Arne Slot.

Liverpool sebelum ini tewas buat kali pertama musim ini kepada Crystal Palace namun beberapa kemenangan di lewat permainan menyelamatkan permulaan musim mereka yang kurang meyakinkan selepas perubahan besar dalam skuad yang menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Slot bertindak merehatkan Mohamed Salah dan pemain bernilai RM707 juta, Alexander Isak di bangku simpanan bersama tiga lagi pertukaran dalam kesebelasan utama.

Galatasaray sebelum ini dibelasah 5-1 oleh Eintracht Frankfurt dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara, namun juara Turkiye itu jauh lebih kuat di laman sendiri dan mengambil kesempatan atas kelemahan pertahanan Liverpool.

Osimhen menyempurnakan sepakan penalti selepas lengan Dominik Szoboszlai terkena muka Baris Yilmaz.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai