Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

KANGAR – Pemandu yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol bakal berdepan hukuman lebih berat selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis meluluskan usul pemberatan hukuman mandatori dan pemerkasaan penguatkuasaan terhadap kesalahan itu hari ini.

Usul yang dibentangkan Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan negeri, Wan Zikri Afthar Ishak mendapat sokongan majoriti ahli dewan sebagai langkah memperkukuhkan keselamatan jalan raya di negeri ini.

Menurut Wan Zikri, usul tersebut menggariskan beberapa cadangan termasuk memanjangkan tempoh penggantungan atau pembatalan lesen memandu bagi pesalah berulang dan kesalahan serius.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan pengguna jalan raya tidak terus terdedah kepada risiko yang berpunca daripada pemandu yang mengabaikan keselamatan awam.

“Selain itu, pihak kami turut mencadangkan operasi bersepadu yang lebih berfokus dan berintensiti tinggi melibatkan PDRM, JPJ serta Majlis Perbandaran Kangar (MPK) di kawasan berisiko tinggi.

“Penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara lebih strategik berdasarkan analisis data kemalangan dan tangkapan supaya tindakan dapat difokuskan kepada kawasan hotspot,” katanya ketika membentangkan usul tersebut.

Tambah beliau, usul itu turut mencadangkan syarat lesen premis yang menjual minuman beralkohol diperketatkan termasuk mengambil tindakan terhadap premis yang didapati melayan pelanggan secara berlebihan sehingga membahayakan keselamatan awam.

Katanya, pihak berkuasa tempatan mempunyai kuasa untuk membatalkan lesen perniagaan premis yang gagal mematuhi tanggungjawab tersebut.

“Usul ini bukan sekadar menghukum pesalah tetapi sebagai usaha melindungi nyawa pengguna jalan raya dan mengelakkan tragedi yang boleh dicegah daripada terus berulang,” katanya.

Beliau berharap langkah yang dicadangkan menerusi usul itu dapat memperkukuhkan budaya pemanduan selamat serta mengurangkan risiko kemalangan melibatkan pemandu di bawah pengaruh alkohol di negeri ini.

Related Posts

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

GOPENG – Penantian pasangan suami berbaloi apabila menjadi pemenang utama hadiah cabutan bertuah, sebuah motosikal jenis SM Sport 110cc di Program MADANI Kita (PMK) Bersama-sama Komuniti Simpang Pulai@Gopeng bertempat di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu