Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu.

Kedua-dua kelab mengesahkan perpindahan itu hari ini.

Hojlund, 23, menjaringkan 16 gol dalam 44 penampilan bagi semua pertandingan musim lalu, membantu Napoli menjulang Piala Super Itali serta menamatkan saingan Serie A di tangga kedua.

Penyerang itu menyertai Manchester United dari Atalanta pada tahun 2023 sebelum meledak 26 gol dalam 95 penampilan bersama kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan.

Dia juga menjadi sebahagian skuad United yang menjuarai Piala FA pada Mei 2024 apabila masuk sebagai pemain gantian dalam final menentang Manchester City di Wembley.

Hojlund kembali ke Itali pada permulaan musim 2025-26 menerusi pinjaman semusim sebelum Napoli membuat keputusan mendapatkan khidmatnya secara kekal.

“Semua warga kelab ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Rasmus untuk masa depan,” menurut kenyataan Manchester United.

Related Posts

Sepanyol buntu, seri 0-0 dengan Cape Verde

STATUS pasukan pilihan Piala Dunia 2026 tidak memberi kelebihan kepada Sepanyol apabila hanya mampu seri tanpa jaringan dengan pendatang baharu, Cape Verde dalam aksi pembukaan Kumpulan H, awal pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belgium-Mesir sekadar seri

BELGIUM bangkit daripada ketinggalan untuk meraih keputusan seri 1-1 menentang Mesir dalam aksi pembukaan Kumpulan G Piala Dunia, awal pagi tadi. Emam Ashour meletakkan Mesir di hadapan pada awal babak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi