Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri itu.

Sumber memaklumkan, pengumuman berkaitan pembubaran DUN berkemungkinan besar dibuat seawal Jumaat atau selewat-lewatnya Isnin depan, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau berkata, pembubaran DUN tersebut adalah tertakluk kepada proses dan perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

“Paling awal pun DUN akan dibubarkan pada esok (Jumaat), kalau tidak Isnin adalah harinya untuk keputusan itu namun saya jangka Isnin adalah waktu terbaik untuk diumumkan. Ada juga yang jangka pengumuman akan dibuat esok. Sebab itu gerak kerja pilihan raya sudah mula dirasai di pelbagai peringkat.

“Segala keputusan masih tertakluk kepada pengumuman rasmi kerajaan negeri serta bergantung kepada perkenan Yang di-Pertuan Besar (YDPB) Negeri Sembilan serta persetujuan pihak berkaitan lain walaupun tarikh pembubaran DUN telah direstui Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP),  pada Khamis.

Sumber memaklumkan, UMNO Negeri Sembilan juga telah mengadakan pertemuan khas bersama kepimpinan tertinggi negeri petang tadi bagi membincangkan tahap kesiapsiagaan jentera menghadapi kemungkinan berlakunya PRN mengejut.

Beliau menegaskan, langkah tersebut mencerminkan kesungguhan parti berkenaan memastikan seluruh organisasi berada dalam keadaan siap siaga sekiranya mandat rakyat perlu diperbaharui lebih awal daripada jangkaan.

“Bukan UMNO sahaja yang mengambil langkah sedemikian, malah parti-parti lain juga dipercayai sedang memperkemaskan gerak kerja masing-masing bagi mengelakkan sebarang kelemahan pada saat akhir.

“Tempoh pembubaran DUN Negeri Sembilan dalam tempoh terdekat dianggap tepat pada masanya meskipun pentadbiran kerajaan negeri baharu memasuki tahun ketiga selepas Pilihan Raya Negeri 2023.

“Ini masa yang sesuai untuk mengembalikan mandat kepada rakyat kerana prestasi kerajaan negeri berada dalam keadaan terbaik.  Pelbagai inisiatif pembangunan, kebajikan dan pelaburan yang dilaksanakan kerajaan negeri mendapat maklum balas positif daripada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, ditanya pembahagian kerusi antara parti komponen PH, sumber memaklumkan, perkara itu belum diputuskan oleh kepimpinan tertinggi walaupun senarai calon oleh setiap parti dalam gabungan telah pun diterima

“Mana parti dalam gabungan PH yang akan dapat lebih banyak kerusi dalam PRN Negeri Sembilan saya tidak boleh dedahkan lagi sebab ia masih di peringkat awal dan belum dibincangkan secara terperinci untuk diputuskan,” katanya.

Related Posts

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

KANGAR – Polemik mengenai dakwaan kewujudan akuan bersumpah (SD) yang dikaitkan dengan usaha menjatuhkan bekas Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli kembali membara apabila Pemuda Pas Perlis dan Armada Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu sempadan Malaysia-Indonesia hampiri penyelesaian

JAKARTA – Malaysia dan Indonesia mencapai perkembangan positif dalam beberapa isu lama berkaitan sempadan darat dan maritim yang dijangka dibawa ke Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia untuk dimuktamadkan oleh pemimpin kedua-dua negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan