Mbappe punca Kairat dibelasah Real

KYLIAN Mbappe meledak hatrik ketika juara Liga Juara-Juara sebanyak 15 kali, Real Madrid, membelasah Kairat 5-0 dalam saingan peringkat liga di Kazakhstan, awal pagi tadi.

Pasukan kendalian Xabi Alonso bangkit selepas dimalukan seteru setempat, Atletico Madrid dengan kemenangan besar di tempat lawan selepas mengharungi perjalanan lebih 7,000 kilometer.

Mbappe menjadi mimpi ngeri tuan rumah dengan hatrik, manakala Eduardo Camavinga dan Brahim Diaz melengkapkan kemenangan Madrid yang membawa mereka ke kedudukan teratas carta buat sementara waktu.

Kairat, yang membuat penampilan pertama dalam saingan utama kejohanan ini selepas menewaskan Celtic dalam pusingan kelayakan tidak mampu menyaingi kehebatan Los Blancos terutamanya bintang Perancis, Mbappe.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai