Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

KANGAR – Polemik mengenai dakwaan kewujudan akuan bersumpah (SD) yang dikaitkan dengan usaha menjatuhkan bekas Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli kembali membara apabila Pemuda Pas Perlis dan Armada Bersatu Kangar saling mencabar serta mempertahankan pendirian masing-masing berhubung isu berkenaan.

Pemuda Pas Perlis kekal dengan pendirian bahawa wujud penglibatan wakil rakyat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam usaha merancang menjatuhkan Mohd. Shukri, manakala Armada Bersatu Kangar pula menuntut bukti berhubung dakwaan tersebut.

Ketua Pemuda Pas Perlis, Haziq Asyraf Dun berkata, pendirian parti itu bersandarkan kepada pengakuan dibuat tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas mengenai kewujudan SD tersebut.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan dalam pertemuan Ahli Jawatankuasa (AJK) Harian Pas Pusat bersama semua ADUN Pas pada 21 Disember tahun lalu.

“Kita lihat bila tiga ADUN terlibat mengakui tentang SD itu dan ditandatangani oleh mereka, jadi itulah yang menjadi bukti kewujudan SD tersebut.

“Dan kita berpegang kepada pengakuan yang dibuat tiga ADUN Pas ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Armada Kangar, Muhammad Fadzil Nor Abd. Manan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tuduhan kitar semula yang tidak berasas dan telah dijawab oleh kepimpinan Bersatu sebelum ini.

Katanya, kenyataan yang terus dimainkan tanpa disertakan bukti hanya akan mengundang pelbagai spekulasi serta mengheret rakyat ke dalam polemik politik yang tidak berkesudahan.

“Jika benar wujud SD seperti yang didakwa, maka rakyat berhak mengetahui fakta sebenar dan bukti tersebut hendaklah dikemukakan kepada pihak berwajib serta diperlihatkan kepada umum.

“Tuduhan berulang tanpa bukti yang boleh diteliti hanya akan menimbulkan pelbagai spekulasi. Dalam soal melibatkan integriti dan kestabilan kerajaan negeri, fakta hendaklah mengatasi persepsi,” katanya.

Muhammad Fadzil turut mengingatkan semua pihak supaya menghormati titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail semasa Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang menegaskan bahawa ‘ini kerajaan beta’.

Menurutnya, titah tersebut membawa mesej jelas bahawa kerajaan negeri yang diperkenankan perlu diberikan ruang untuk mentadbir sehingga tamat penggal dan segala perbezaan pandangan perlu diselesaikan menerusi saluran yang matang serta berhemah.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu