Turkiye hantar dron pantau flotila

ANKARA – Turkiye mengikut jejak Sepanyol, Itali dan Greece dengan turut membuat pemantauan ke atas flotila antarabangsa yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza ketika ia belayar ke arah timur merentasi Laut Mediterranean hari ini.

Tindakan itu dibuat walaupun Israel mengeluarkan amaran supaya misi terbabit dihentikan.

Laman sesawang penjejak penerbangan menunjukkan tiga dron jarak jauh yang berlepas dari pangkalan udara Corlu di Turkiye berlegar di ruang udara flotila itu selama tiga hari.

Ia sekali gus menyerlahkan minat antarabangsa yang semakin meningkat terhadap kesemua bot berkenaan yang berikrar untuk memecahkan sekatan laut Israel di sekitar Semenanjung Gaza yang bergolak.

Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan dan agensi perisikan Turkiye tidak memberikan sebarang maklum balas ketika diminta Reuters untuk mengulas berhubung perkembangan terbabit.

Ketika ini, bot misi kemanusiaan terbabit yang membawa Ahli Parlimen, peguam dan aktivis termasuk aktivis iklim Sweden, Greta Thunberg, masih berada sekitar ratusan batu nautika dari pantai Gaza.

Namun, menurut individu yang berada di atas kapal berkenaan, ia semakin menghampiri kawasan di mana flotila lain sebelum ini pernah dipintas.

Laman penjejak menunjukkan terdapat kira-kira 40 bot bergerak menerusi flotila berkenaan.

Penganjur misi terbabit dalam satu kenyataan berkata, kesemua bot dijangka tiba di Gaza kira-kira empat hari lagi.

Related Posts

Bangladesh tolak permintaan PBB tambah tanah untuk kem Rohingya

DHAKA – Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan lebih banyak tanah bagi menempatkan pelarian Rohingya, sambil menegaskan penyelesaian jangka panjang terhadap krisis itu adalah melalui penghantaran pulang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
80 peratus kem pelarian Gaza diancam serangan tikus, sisa kumbahan limpah terbuka

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa mengeluarkan amaran bahawa hampir 1.7 juta pelarian Palestin, iaitu sekitar 80 peratus daripada keseluruhan populasi Gaza, terpaksa hidup dalam keadaan amat daif di hampir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang