JBPM Pahang serah 20 bot kepada PBS, Bomba Komuniti

KUANTAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang sudah memulakan persiapan bagi menghadapi fasa peralihan monsun yang dijangka bermula bulan depan.

Untuk itu, JBPM Pahang akan menggerakkan semua anggota daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan Bomba Komuniti bagi tujuan berkenaan.

Pengarah JBPM Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata, selain memastikan aset sedia ada dalam keadaan siap siaga, pihaknya juga menyerahkan 20 bot gentian kaca kepada PBS dan Bomba Komuniti yang aktif di negeri ini.

“Ada PBS dan Bomba Komuniti yang memiliki bot sendiri dan bot yang kita serahkan hari ini adalah untuk melengkap lagi pasukan mereka.

“Pemberian bot lengkap dengan enjin sangkut 9.9 kuasa kuda serta kelengkapan lain itu antara persedian yang disusun untuk menghadapi Monsun Timur Laut serta bencana banjir di negeri ini,” katanya kepada media selepas majlis penyerahan bot itu di Ibu Pejabat JBPM Pahang, dekat sini.

Mohd Razam memaklumkan, pemberian bot kepada PBS dan Bomba Komuniti itu adalah kali pertama dilakukan JBPM Pahang.

Beliau turut memberitahu, pihak JBPM Pahang sudah melakukan penyelenggaraan aset yang dimiliki sebagai persiapan awal berdepan pelbagai kemungkinan apabila perubahan monsun berlaku.

Katanya, seramai 930 pegawai dan anggota bomba di negeri ini juga sudah sedia maklum mengenai perkara itu, termasuk pembekuan cuti jika banjir melanda.

Related Posts

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menambah peruntukan sebanyak RM5 juta bagi Program MamaKerja menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan kepada RM10 juta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

SERI KEMBANGAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor masih meneruskan operasi pemeriksaan serta pemadaman sisa kebakaran di Pasar Borong Selangor, Pusat Bandar Putra Permai, dekat sini bagi memastikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan