Masyarakat perlu elak budaya fitnah

AKTIVIS media sosial, Harun Mohd Shah menegaskan masyarakat perlu berpolitik secara matang dan tidak mudah mempercayai maklumat yang belum dipastikan kesahihannya kerana ia boleh membawa kepada fitnah.

Harun berkata, setiap individu termasuk kerajaan, polis dan mahkamah memiliki sifat kemanusiaan, justeru masyarakat perlu berlapang dada dalam menilai sesuatu isu sebelum membuat kesimpulan.

“Kena faham, bukan kita seorang sahaja yang ada manusiawi dalam diri. Orang lain pun ada manusiawi juga. Begitu juga dengan pihak kerajaan, pihak polis, mahkamah, masing-masing ada sifat manusiawi.

“Jadi dalam isu Zara Qairina ini, kita perlulah berpolitik tu dengan secara matang. Maksudnya jangan bila dapat satu-satu maklumat, jangan kita terus-terus percaya.

“Saya dah terangkan banyak kali dah, bila maklumat tu salah dia dipanggil sebagai fitnah. Fitnah kan Imam Syafie dia pernah kata orang yang fitnah menuduh dengan orang yang mempercayai fitnah tu dosa dia berbeza.

“Dosa orang fitnah itu teruk dah. Orang fitnah tu dosa dia teruk, orang yang mempercayai fitnah dan membenarkan fitnah ni lagi teruk pada orang yang fitnah di sini. Ini kata Imam Syafie,” katanya ketika menjadi tetamu jemputan dalam podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Beliau menambah, Islam sudah menetapkan kaedah jelas dalam menilai maklumat supaya masyarakat tidak terjerumus dalam amalan fitnah.

“Kita ada kaedah dalam Islam, kalau nak hukumkan sesuatu itu, kita kena tengok gambaran dia sebetulnya.

“Contohlah, kalau kita dengar berita daripada pihak pembangkang, baca, dengar daripada Harakah, grup WhatsApp boleh sebut kan, grup WhatsApp Pas, tak boleh. Kita kena tengok juga grup WhatsApp daripada kerajaan, kita kena baca akhbar-akhbar lain. Baru kita boleh nampak keseluruhan, baru boleh kita faham.

“Kalau kita tengok daripada satu belah pihak sahaja, tak nampak dengan jelaslah. Kita mudahlah termakan dengan maklumat-maklumat yang terbetul,” katanya.

Mengulas lanjut, Harun berkata masyarakat juga perlu sedar bahawa dosa menyebarkan fitnah sangat besar dan tidak boleh dianggap ringan walaupun selepas meminta maaf.

“Lagi satu pula, kita nak terselamat daripada benda-benda yang berkaitan dengan fitnah, sebab fitnah ni dosa dia sangat besar, memang besar.

“Tengok hari ini macam fitnah itu macam Allah, tak tahu nak cakap macam mana, macam dah biasa benda tu. Lepas tu senang minta maaf padahal benda fitnah tu dah tersebar mengata ini.

“Macam itu, saya buat konten ini lah, macam dah tak ada apa-apa,” katanya.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik