Turkiye desak FIFA, UEFA gantung Israel

PRESIDEN Persekutuan Bolasepak Turkiye, Ibrahim Haciosmanoglu menulis surat kepada FIFA, UEFA dan ketua persatuan bola sepak kebangsaan mendesak supaya Israel digantung daripada menyertai pertandingan antarabangsa, lapor media tempatan semalam.

Gesaan itu hadir ketika badan induk bola sepak Eropah, UEFA dilaporkan bersedia mengadakan undian tergempar minggu depan mengenai penggantungan Israel daripada kejohanan anjurannya susulan tekanan politik yang semakin meningkat.

“Walaupun menganggap diri sebagai pelindung nilai sivik dan keamanan, dunia sukan dan institusi bola sepak sudah terlalu lama berdiam diri,” tulis Haciosmanoglu dalam surat itu menurut agensi berita Anadolu.

“Didorong oleh nilai ini, kami terpanggil menyuarakan kebimbangan mendalam mengenai keadaan tidak sah, malah lebih penting, tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima yang dilakukan Israel di Gaza serta kawasan sekitarnya.”

Suruhanjaya Siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu ini mengeluarkan laporan menyimpulkan Israel melakukan genosid dalam peperangan di Gaza dan menggesa penggantungannya daripada kejohanan bola sepak antarabangsa.

Israel menafikan tuduhan itu dan menyifatkan laporan berkenaan sebagai memalukan.

Related Posts

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JURGEN Klopp secara rasmi dilantik pengendali baharu Jerman dengan bekas pengendali Liverpool itu diberi tanggungjawab besar untuk mengembalikan kegemilangan gergasi bola sepak Eropah berkenaan. Pengumuman pelantikan itu dibuat Persekutuan Bola…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

SEPANYOL merampas kedudukan nombor 1 dunia daripada Argentina dalam ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas Piala Dunia 2026. La Roja yang kehilangan kedudukan teratas pada April lalu, kembali menghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman