Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, kegiatan itu terbongkar menerusi beberapa siri serbuan di Perlis, Perak dan Kedah sepanjang bulan ini.

Menurutnya, nilai keseluruhan senjata api, peluru, kelongsong serta peralatan berkaitan yang dirampas dianggarkan RM360,000.

“Sindiket ini dipercayai menyeludup senjata api dari negara jiran sebelum mengedarkannya kepada rangkaian tertentu di utara Semenanjung.

“Mereka menggunakan beberapa lokasi berbeza sebagai tempat penyimpanan bagi mengelakkan kegiatan itu dikesan pihak berkuasa,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di sini hari ini.

Muhammad berkata, siasatan bermula selepas seorang lelaki ditahan dalam kes pengedaran dadah di Sitiawan, Perak pada 1 Julai lalu.

Katanya, pemeriksaan di rumah suspek menemukan tujuh laras senjata airsoft, 52 butir peluru tabur, sembilan butir peluru 9 milimeter dan lapan kelongsong peluru.

“Hasil soal siasat kemudian membawa polis menyerbu sebuah kebun buah-buahan di Kampung Wang Pisang, Beseri pada 5 Julai lalu,” katanya.

Dalam serbuan itu, polis menahan pasangan suami isteri berusia 49 dan 34 tahun serta merampas lapan laras senjata airsoft, sepucuk rifle berkaliber .22 dan lebih 600 butir peluru pelbagai kaliber.

Serbuan susulan turut dilakukan di Wang Ulu, Taman Repoh, Taman Utara Jaya, Kuala Perlis, Jalan Kaki Bukit dan Lunas, Kedah.

Di sebuah rumah stor di Taman Repoh, polis merampas tiga pucuk senjata api, sembilan senjata airsoft, ratusan butir peluru serta sebuah baldi mengandungi 8,936 kelongsong peluru.

Secara keseluruhan, polis merampas lapan pucuk senjata api, 21 laras senjata airsoft, satu laras senapang angin buatan sendiri serta pelbagai komponen dan aksesori senjata.

Muhammad berkata, tiga suspek sudah didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar dan Kulim mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 serta Akta Senjata 1960.

Katanya, siasatan terhadap individu lain masih diteruskan dan pendakwaan akan dicadangkan sekiranya bukti diperoleh mencukupi.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit