45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat. 

Inisiatif murni bermula seawal jam 8 pagi itu turut diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi bersama ADUN Tellian, Royston Valentine yang turun padang menyantuni penduduk.

Program anjuran Biro Wanita Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) itu melibatkan siri jelajah agihan bantuan di tiga lokasi cawangan iaitu Tellian, Balingian dan Dalat.

Menurut penganjur, kumpulan penerima terdiri daripada golongan warga emas, pesakit terlantar, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) serta keluarga kurang berkemampuan.

Selain pengagihan Bakul Makanan Saberkas Prihatin, jelajah kali ini turut memperluas bentuk bantuan dengan menyalurkan barangan keperluan bayi dan penjagaan pesakit.

Sumbangan khas bersasar berupa susu formula serta lampin pakai buang turut diagihkan bagi meringankan beban kewangan bulanan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga terbabit.

Misi kemanusiaan tersebut berjaya direalisasikan menerusi gandingan mantap bersama rakan strategik tempatan iaitu Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) Mukah dan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan (PSK) Mukah.

Penganjuran siri jelajah itu bukan sahaja membantu komuniti yang memerlukan, malah menjadi platform terbaik dalam menyuburkan budaya kesukarelawanan dan menzahirkan nilai keprihatinan masyarakat akar umbi.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar