Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, sekiranya projek BELB Luasong dapat disiapkan segera, lebih 200 penduduk Kampung Luasong serta masyarakat di sembilan kampung sekitar Kalabakan menikmati bekalan elektrik yang stabil dan berterusan.

“kelewatan projek sambungan talian grid Zon 2 itu menyebabkan penduduk di sembilan kampung terus bergantung kepada sistem solar dan janakuasa diesel (genset) bagi mendapatkan bekalan elektrik.

“Justeru, kita berharap KKDW dapat menyegerakan proses tender semula supaya projek ini dapat diteruskan dan disiapkan secepat mungkin,” katanya Kerala media selepas meninjau projek BELB di Kampung Luasong, pada Jumaat.

Menurut Suryady, projek yang dilaksanakan secara reka dan bina itu bermula 2017 hingga 2018, namun dipercayai tertangguh berikutan masalah kewangan yang dihadapi kontraktor asal.

“Projek ini gagal disiapkan hampir sedekad dan hasil lawatan mendapati banyak kerja yang belum disiapkan walaupun projek ini dijangka memanfaatkan penduduk di kawasan terbabit.

“Kalau kontraktor tidak mampu melaksanakan projek ini, kerajaan perlu menenderkannya semula kepada syarikat yang benar-benar berkeupayaan.

“Kita mahu masalah bekalan elektrik ini diselesaikan kerana sudah tahun 2026 masih ada kampung di Parlimen Kalabakan yang belum menerima bekalan elektrik dengan baik,” katanya.

Tambah Suryady, kelewatan itu turut memberi kesan kepada operasi Sekolah Kebangsaan (SK) Luasong yang masih menggunakan genset sebagai sumber bekalan elektrik.

“Projek ini juga penting kerana menjadi prasyarat kepada cadangan sambungan grid elektrik dari Kampung Luasong ke Kampung Kalabakan yang ketika ini masih bergantung kepada sistem solar dan genset.

“Kenaikan harga diesel menyebabkan tempoh operasi genset terpaksa dipendekkan.

“Jika sebelum ini ia boleh digunakan sehingga kira-kira 11 malam, kini hanya mampu beroperasi sehingga jam 9 malam.

“Keadaan ini memberi kesan kepada kehidupan penduduk dan pembelajaran anak-anak di kampung,” jelasnya.

Related Posts

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

LIMBANG – Permainan layang-layang sebagai warisan tradisional masyarakat perlu terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi muda bagi memastikan khazanah budaya berkenaan tidak ditelan zaman. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMKS Zon Timur perlu rebut peluang ekonomi ECRL – Wan Rosdy

KUANTAN – Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Pantai Timur perlu besedia merebut peluang ekonomi yang bakal muncul dengan pengoperasian Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Disember ini. Menteri Besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA