FAM tunggu penjelasan terperinci FIFA

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang menunggu penjelasan penuh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman berat dikenakan terhadap badan induk itu dan tujuh pemain warisan.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, langkah segera sudah diambil dengan menghantar permohonan rasmi kepada FIFA bagi mendapatkan penerangan lebih jelas dan terperinci mengenai keputusan itu.

“Tribunal kelayakan (eligibility) pemain FIFA juga akan bersidang dan memberi keputusan muktamad. Selepas itu kita akan lihat apa tindakan lanjut.

“FAM memahami kebimbangan semua pihak termasuk penyokong bola sepak negara dan kami berusaha serta mengambil langkah segera untuk menyelesaikan isu terbabit,” katanya, lapor Berita Harian.

Tribunal FIFA dijangka membuat keputusan muktamad dalam masa terdekat termasuk menentukan sama ada tujuh pemain berkenaan dibenarkan beraksi dalam perlawanan penting seperti aksi menentang Laos bulan depan dalam kelayakan Piala Asia 2027.

Keputusan itu dilihat mampu mempengaruhi perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal dan Vietnam sebelum ini, termasuk membabitkan saingan Liga Super serta Johor Darul Ta’zim.

Terdahulu, FAM dan tujuh pemain kebangsaan dikenakan tindakan ole Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

FIFA dalam kenyataan memaklumkan, FAM didapati menyerahkan dokumen dipalsukan dalam urusan kesahihan kelayakan pemain bagi membolehkan mereka diturunkan dalam perlawanan rasmi.

Tujuh pemain terbabit ialah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel yang beraksi buat negara dalam dua perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027.

Hasil siasatan, Jawatankuasa Tatatertib FIFA memutuskan FAM perlu membayar denda sebanyak CHF350,000 (RM1.8 juta).

Setiap pemain pula dikenakan denda CHF2,000 (RM10,560) dan digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan, berkuat kuasa serta-merta.

Related Posts

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JURGEN Klopp secara rasmi dilantik pengendali baharu Jerman dengan bekas pengendali Liverpool itu diberi tanggungjawab besar untuk mengembalikan kegemilangan gergasi bola sepak Eropah berkenaan. Pengumuman pelantikan itu dibuat Persekutuan Bola…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

SEPANYOL merampas kedudukan nombor 1 dunia daripada Argentina dalam ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas Piala Dunia 2026. La Roja yang kehilangan kedudukan teratas pada April lalu, kembali menghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman