Suspek gantung diri lepas pukul anak saudara guna tukul

BACHOK – Lelaki yang disyaki memukul anak saudaranya sehingga parah dengan menggunakan tukul di Jelawat, petang semalam, dipercayai kemudian menggantung diri di Pantai Melawi, dekat sini.

Suspek berusia 46 tahun itu ditemukan maut tergantung pada sebatang pokok rhu di pantai yang terletak lebih tiga kilometer (km) dari lokasi insiden mangsa berumur 7 tahun dipukul di sebuah rumah kedai.

Menurut laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintenden Mohd Azrie Sulaiman berkata, mayat suspek diuruskan oleh pihak forensik di pantai itu.

Pada masa sama, katanya, mangsa kanak-kanak lelaki masih berada dalam keadaan kritikal.

Beliau berkata, perkembangan kes itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Terdahulu, media melaporkan kanak-kanak itu cedera parah di kepala dipercayai akibat dipukul dengan tukul oleh suspek sekitar jam 5.15 petang semalam.

Kejadian berlaku di sebuah rumah kedai dipercayai rumah suspek di Jelawat.

Suspek didakwa melarikan diri selepas memukul mangsa sebelum polis menemukan mayatnya tergantung di sebatang pokok rhu di Pantai Melawi.

Related Posts

Pendapatan pengusaha bas sepanggar susut 50 peratus sejak Bas.my beroperasi

INANAM – Pengusaha bas Sepanggar merayu campur tangan kerajaan bagi menangani isu pertindihan laluan bas yang didakwa menjejaskan pendapatan mereka sehingga 50 peratus sejak perkhidmatan Bas.my mula beroperasi. Pengerusi Koperasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKNS perjelas isu tular kemudahan HQE, nafi pesakit tidur di lobi kerana tunggu rawatan

KOTA KINABALU – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) tampil menjelaskan beberapa isu yang tular di media sosial berhubung suasana di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini, baru-baru ini. Ia termasuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendapatan pengusaha bas sepanggar susut 50 peratus sejak Bas.my beroperasi

Pendapatan pengusaha bas sepanggar susut 50 peratus sejak Bas.my beroperasi

JKNS perjelas isu tular kemudahan HQE, nafi pesakit tidur di lobi kerana tunggu rawatan

JKNS perjelas isu tular kemudahan HQE, nafi pesakit tidur di lobi kerana tunggu rawatan

Kanak-kanak lelaki 12 tahun maut dibaham buaya

Kanak-kanak lelaki 12 tahun maut dibaham buaya

Seorang nelayan lemas, 5 rakannya selamat bot dipukul ombak

Seorang nelayan lemas, 5 rakannya selamat bot dipukul ombak

Budak 6 tahun tertusuk paku, bomba bantu potong kayu

Budak 6 tahun tertusuk paku, bomba bantu potong kayu

Broadway terus martabat seni tari, pacu pembangunan Miri sebagai hab budaya dunia

Broadway terus martabat seni tari, pacu pembangunan Miri sebagai hab budaya dunia