Lawatan tiga sekolah ke i-CATS UC buka inspirasi masa depan

KUCHING – Kolej Universiti i-CATS terus menjadi tumpuan institusi pendidikan apabila menerima kunjungan serentak dari dua buah sekolah rendah dari Sarikei pada Khamis.

Rombongan pertama melibatkan 28 murid Tahun 4 hingga Tahun 6 bersama 12 guru dan kakitangan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Udin, manakala rombongan kedua disertai 38 murid Tahun 6 dan 12 warga sekolah dari SK Abang Haji Matahir.

Guru Besar SK Udin, Leonard Lee Ambrose Laurance dan Guru Besar SK Abang Haji Matahir, Rugayah Nawawi berkata pemilihan i-CATS sebagai destinasi lawatan adalah bagi memberi motivasi dan pendedahan awal kepada murid tentang suasana pembelajaran serta peluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Pada 17 September lalu, i-CATS turut menerima kunjungan 25 pengawas asrama Tingkatan 5 dan 6 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kanowit, diketuai Cikgu Balintian Anak Norbet Jubit bersama 11 guru pengiring. 

Lawatan mereka bertujuan mendapatkan maklumat mengenai kursus yang ditawarkan serta menimba pengalaman tentang kehidupan kampus.

Ketibaan ketiga-tiga rombongan disambut mesra oleh pihak pengurusan i-CATS. Para pelajar berpeluang melawat fakulti-fakulti utama termasuk Fakulti Agroteknologi dan Sains Gunaan (FAAS), Fakulti Pendidikan (FEDN), Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi (FET), Fakulti Pelancongan dan Hospitaliti (FTH), serta Fakulti Pengkomputeran dan Kejuruteraan Perisian (FCSE).

Related Posts

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

SARIKEI – Kerajaan terus memperkukuh sektor agrikomoditi sebagai antara pemacu utama ekonomi negara dengan memastikan golongan pekebun kecil mendapat akses kepada bantuan, teknologi serta peluang pasaran. Menteri Perladangan dan Komoditi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

GOMBAK – Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Fasa 1 yang menghubungkan Kota Bharu ke Gombak disasarkan mula beroperasi pada Disember ini, lebih awal berbanding jadual asal pada Januari 2027.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

PKR Pahang tunggu penjelasan penganjur program di Cenderawasih

PKR Pahang tunggu penjelasan penganjur program di Cenderawasih

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM