Suspek gantung diri lepas pukul anak saudara guna tukul

BACHOK – Lelaki yang disyaki memukul anak saudaranya sehingga parah dengan menggunakan tukul di Jelawat, petang semalam, dipercayai kemudian menggantung diri di Pantai Melawi, dekat sini.

Suspek berusia 46 tahun itu ditemukan maut tergantung pada sebatang pokok rhu di pantai yang terletak lebih tiga kilometer (km) dari lokasi insiden mangsa berumur 7 tahun dipukul di sebuah rumah kedai.

Menurut laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintenden Mohd Azrie Sulaiman berkata, mayat suspek diuruskan oleh pihak forensik di pantai itu.

Pada masa sama, katanya, mangsa kanak-kanak lelaki masih berada dalam keadaan kritikal.

Beliau berkata, perkembangan kes itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Terdahulu, media melaporkan kanak-kanak itu cedera parah di kepala dipercayai akibat dipukul dengan tukul oleh suspek sekitar jam 5.15 petang semalam.

Kejadian berlaku di sebuah rumah kedai dipercayai rumah suspek di Jelawat.

Suspek didakwa melarikan diri selepas memukul mangsa sebelum polis menemukan mayatnya tergantung di sebatang pokok rhu di Pantai Melawi.

Related Posts

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

KUANTAN – Seramai 300 mahasiswa anak Pahang menerima peruntukan RM1,000 seorang melalui Inisiatif Makmur Pahang Kluster Sumbangan Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

SARIKEI – Kerajaan terus memperkukuh sektor agrikomoditi sebagai antara pemacu utama ekonomi negara dengan memastikan golongan pekebun kecil mendapat akses kepada bantuan, teknologi serta peluang pasaran. Menteri Perladangan dan Komoditi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan