Lawatan tiga sekolah ke i-CATS UC buka inspirasi masa depan

KUCHING – Kolej Universiti i-CATS terus menjadi tumpuan institusi pendidikan apabila menerima kunjungan serentak dari dua buah sekolah rendah dari Sarikei pada Khamis.

Rombongan pertama melibatkan 28 murid Tahun 4 hingga Tahun 6 bersama 12 guru dan kakitangan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Udin, manakala rombongan kedua disertai 38 murid Tahun 6 dan 12 warga sekolah dari SK Abang Haji Matahir.

Guru Besar SK Udin, Leonard Lee Ambrose Laurance dan Guru Besar SK Abang Haji Matahir, Rugayah Nawawi berkata pemilihan i-CATS sebagai destinasi lawatan adalah bagi memberi motivasi dan pendedahan awal kepada murid tentang suasana pembelajaran serta peluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Pada 17 September lalu, i-CATS turut menerima kunjungan 25 pengawas asrama Tingkatan 5 dan 6 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kanowit, diketuai Cikgu Balintian Anak Norbet Jubit bersama 11 guru pengiring. 

Lawatan mereka bertujuan mendapatkan maklumat mengenai kursus yang ditawarkan serta menimba pengalaman tentang kehidupan kampus.

Ketibaan ketiga-tiga rombongan disambut mesra oleh pihak pengurusan i-CATS. Para pelajar berpeluang melawat fakulti-fakulti utama termasuk Fakulti Agroteknologi dan Sains Gunaan (FAAS), Fakulti Pendidikan (FEDN), Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi (FET), Fakulti Pelancongan dan Hospitaliti (FTH), serta Fakulti Pengkomputeran dan Kejuruteraan Perisian (FCSE).

Related Posts

Belia Kg Pomotodon, Kg Malaka diberi peranan anjur Sukaneka MADANI, lahirkan pemimpin pelapis

INANAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud berkata, penganjuran Program MADANI Sukaneka Warga Kampung (Kg) Pomotodon menjadi platform melatih golongan belia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fahmi santuni keluarga pesakit kronik, dekati masyarakat Muar melalui Program JIWA@Komuniti MADANI

MUAR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil meneruskan komitmen mendekati rakyat apabila mengadakan Program Ziarah Kasih dengan menziarahi dua keluarga yang mempunyai anak menghidap penyakit kronik di sekitar Muar, hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belia Kg Pomotodon, Kg Malaka diberi peranan anjur Sukaneka MADANI, lahirkan pemimpin pelapis

Belia Kg Pomotodon,  Kg Malaka diberi peranan anjur Sukaneka MADANI, lahirkan pemimpin pelapis

Elak debat terbuka, Onn Hafiz dilihat gusar berdepan cabaran idea

Elak debat terbuka, Onn Hafiz dilihat gusar berdepan cabaran idea

Fahmi santuni keluarga pesakit kronik, dekati masyarakat Muar melalui Program JIWA@Komuniti MADANI

Fahmi santuni keluarga pesakit kronik, dekati masyarakat Muar melalui Program JIWA@Komuniti MADANI

Gara-gara curi kabel TNB, wanita melecur teruk dan ditidurkan

Gara-gara curi kabel TNB, wanita melecur teruk dan ditidurkan

Lima stesen baharu LRT3 dibina hujung tahun ini, My50 diperluas mulai Ogos

Lima stesen baharu LRT3 dibina hujung tahun ini, My50 diperluas mulai Ogos

Pas jangan permainkan maruah bangsa Johor, tarik diri sahaja dari bertanding

Pas jangan permainkan maruah bangsa Johor, tarik diri sahaja dari bertanding