Melaka umum 26 Ogos Hari Kelepasan Am Tambahan

MELAKA – Kerajaan Negeri mengumumkan 26 Ogos depan (Isnin) sebagai Hari Kelepasan Am (Tambahan) Negeri Melaka.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad berkata, cuti tambahan itu diberikan bersempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

“Pengisytiharan cuti ini selaras dengan Seksyen 9(1), Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369),” katanya.

Sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengumumkan 26 Ogos ini sebagai cuti peristiwa yang dianjakkan sempena sambutan Hari Lahir Tun Dr. Mohd Ali pada tanggal 24 Ogos (Sabtu).

Selain itu, kata Ketua Menteri, pada tanggal itu juga Kerajaan Negeri berbesar hati menawarkan kepada rakyat Melaka dengan kad pengenalan 04 serta permastautin untuk menikmati kemasukan percuma di lokasi pelancongan terpilih.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP