PERDIM, FFG santuni golongan rentan sekitar Chow Kit

KUANTAN – Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM) menjalinkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) Food For Gelandangan (FFG) bagi menyantuni golongan rentan di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur.

Kerjasama itu dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani semalam.

Presiden PERDIM, Dr Boi Saidi Abd Razak berkata, pihaknya akan menumpukan kepada pemeriksaan kesihatan terhadap kumpulan rentan itu, manakala FFG pula memainkan peranan dalam menyediakan makanan dan keperluan gelandangan di kawasan terbabit.

“Kita sudah mulakan semalam, sebaik sahaja MOU antara PERDIM dan FFG selesai ditandatangani.

“Pihak FFG mengedarkan makanan percuma, barangan kebersihan diri, pakaian terpakai dan juga alat mainan kepada golongan asnaf bandar serta gelandangan,” katanya.

Dr Boi Saidi memaklumkan, ahli PERDIM turut serta dalam aktiviti yang berjalan dengan baik, selain menawarkan pemeriksaan kesihatan kepada kumpulan rentan itu.

“Pemeriksaan kesihatan ini kita tawarkan secara percuma dan semalam juga kita lancarkan inisiatif ‘Doktor Jalanan PERDIM’ untuk program bersama FFG ini,” jelasnya

Beliau memaklumkan, inisiatif ‘Doktor Jalanan PERDIM’ itu tidak hanya tertumpu di sekitar Chow Kit, tapi pihaknya akan bersama-sama FFG di semua lokasi pengagihan bantuan dilakukan.

“Saya dimaklumkan pihak FFG bahawa program edaran bantuan diadakan setiap minggu… setiap hari Jumaat di Chow Kit.

“Untuk lokasi lain, kita akan terus berhubung dengan NGO ini dan sedia menggerakkan ahli PERDIM bagi membantu mereka,” katanya lagi.

Dr Boi Saidi juga memberitahu terdapat gelandangan yang mendapatkan pemeriksaan kesihatan pada program semalam, dikesan menghidap penyakit kronik seperti Diabetic Foot Ulcer dan luka tekanan atau bed sore.

Selain itu, katanya, terdapat juga golongan rentan terbabit dikesan berdepan masalah mental dan memerlukan rawatan susulan.

“Kita akan memberikan bantuan sewajarnya kepada mereka dan ia adalah sebahagian daripada prinsip kami di PERDIM… untuk menjadi ‘Peneraju Kesihatan Ummah’,” ujarnya.

Related Posts

Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Indonesia perhebat operasi tangani krisis kebakaran hutan, 138 suspek ditahan

KUCHING – Indonesia terus memperhebat operasi pemadaman darat dan udara serta memperketat penguatkuasaan undang-undang bagi menangani krisis kebakaran hutan dan lahan (Karhutla) yang sedang melanda negara tersebut.   Konsulat Jenderal Republik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wakil rakyat tidak jalankan tugas jejas kredibiliti parti – Pemuda UMNO

Wakil rakyat tidak jalankan tugas jejas kredibiliti parti – Pemuda UMNO