Program MyLesen B2 ringankan beban rakyat Miri

MIRI – Seramai 1,337 peserta telah menyertai Program Bantuan Lesen Memandu Motosikal MyLesen Kelas B2 yang dianjurkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama Akademi Memandu E G Sdn. Bhd., Pusat Khidmat Parlimen Miri dan agensi setempat.

Program tersebut berjaya menarik perhatian orang ramai kerana menawarkan kos pengambilan lesen motosikal B2 pada kadar lebih rendah iaitu sekitar RM250 berbanding harga pasaran biasa sekitar RM750. 

Inisiatif ini dilihat membantu rakyat, khususnya golongan muda, memiliki lesen sah dengan lebih mudah.

Menurut penganjur, usaha ini bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan perlindungan insurans jalan raya, malah membuka peluang pekerjaan terutama dalam sektor penghantaran serta meningkatkan mobiliti harian untuk bekerja dan belajar.

“Kerajaan MADANI sentiasa memastikan setiap individu mendapat peluang adil untuk memajukan diri dan keluarga.

Program seperti MyLesen B2 ini membuktikan keprihatinan kerajaan dalam mengurangkan beban rakyat,” ujar wakil penganjur dalam ucapan perasmian.

Peserta yang hadir turut disaran agar mematuhi undang-undang jalan raya dan menjadikan ilmu pemanduan bukan sekadar untuk lulus ujian, tetapi sebagai panduan menjaga keselamatan diri dan pengguna lain.

Program yang berlangsung di Miri ini mendapat kerjasama erat pelbagai pihak termasuk JPJ Sarawak, JPJ Miri, Akademi Memandu E G, anggota keselamatan Polis, RELA serta sukarelawan tempatan.

Related Posts

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

TELUPID – Empat individu maut selepas kereta Proton Saga BLM yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori Isuzu di hadapan Kedai Makan Rosalinda, Kampung (Kg) Gambaron, di sini pada Rabu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mendakwa beliau menandatangani Surat Cara Proklamasi yang tular baru-baru ini dalam keadaan terpaksa. Beliau berkata, laporan polis telah dibuat kira-kira jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

  • By Fandi
  • September 9, 2026
Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis