Kegagalan Shafie pertahan TSGP punca krisis elektrik Sabah – Suhaimi

LIBARAN – Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir, menyifatkan krisis gangguan elektrik berpanjangan di Sabah sebagai kesan langsung daripada kegagalan kepimpinan terdahulu, khususnya semasa pentadbiran Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri pada tahun 2018.

Suhaimi berkata, keputusan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Shafie ketika itu untuk tidak mempertahankan Projek Paip Gas Trans Sabah (TSGP) bernilai RM4.06 bilion telah menjejaskan keselamatan tenaga jangka panjang Sabah, khususnya di kawasan Pantai Timur.

“Kegagalan mempertahankan TSGP merupakan titik hitam dalam dasar tenaga Sabah.

“Ia bukan sekadar isu pentadbiran, tetapi kesan langsungnya kini ditanggung oleh rakyat yang terus berdepan gangguan bekalan elektrik hampir setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, pada Rabu.

Projek TSGP sepanjang 662 kilometer dari Kimanis ke Sandakan dan Tawau telah dilancarkan pada 2016 oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai langkah strategik untuk memperkukuh bekalan tenaga di Sabah.

Bagaimanapun, selepas perubahan tampuk pemerintahan pada 2018, projek itu dibatalkan meskipun hampir 88 peratus daripada kos projek telah dibayar.

“Ketika itu, sebanyak RM3.5 bilion sudah dibayar, tetapi hanya 13 peratus kerja fizikal disiapkan.

“Malangnya, Shafie bukan sahaja tidak mempertahankan projek ini, malah mengalu-alukan pembatalannya atas alasan kekangan kewangan kerajaan Persekutuan,” ujar Suhaimi.

Ahli Parlimen Libaran itu juga mengkritik tindakan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang disifatkan tidak efisien dalam menangani isu bekalan tenaga, namun menegaskan bahawa akar kepada masalah itu berpunca daripada kelemahan dasar yang diwarisi.

“Rakyat Sabah kini menanggung akibat daripada kelemahan dasar dan kepimpinan terdahulu. Jika TSGP tidak dibatalkan, banyak kawasan seperti Kinabatangan, Sandakan dan Tawau mungkin sudah menikmati bekalan elektrik yang stabil,” katanya lagi.

Suhaimi turut menolak sebarang cubaan menyalahkan kerajaan semasa dan menuntut agar Shafie mengambil tanggungjawab moral serta politik atas keputusan yang memberi kesan jangka panjang kepada rakyat Sabah.

“Rakyat berhak tahu fakta sebenar. Kita tidak boleh merancang jalan penyelesaian mampan jika punca sebenar terus disembunyikan atau dialihkan,” tegasnya.

Krisis gangguan bekalan elektrik di Sabah semakin meruncing sejak kebelakangan ini, dengan aduan berterusan daripada pengguna di kawasan seperti Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Kinabatangan.

Pelbagai pihak mendesak penyelesaian segera terhadap isu yang telah berlarutan sejak bertahun-tahun.

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman