Dua individu serang anak Rafizi sukar dikenal pasti – Polis

KELIBAT dua individu disyaki terbabit dalam serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli, di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada 13 Ogos lepas masih sukar dikenal pasti.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya berdepan kesukaran kerana rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian yang kurang jelas, walaupun siasatan awal mengesan beberapa pergerakan mencurigakan.

“Kita mengesan pergerakan itu. Kita pun sedia maklum bahawa ada beberapa individu yang kita kenal pasti melalui rakaman, tetapi rakaman CCTV itu nampaknya tidak begitu jelas dan tidak dapat mengenal pasti individu berkenaan,” katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di ibu negara, hari ini.

Mengulas mengenai bahan cecair yang disuntik ke tubuh mangsa berusia 12 tahun itu, Mohd Khalid berkata analisis masih dijalankan pihak hospital.

“Cecair bahan kimia yang disuntik itu sedang dianalisis oleh pihak hospital,” katanya.

Pada 25 Ogos lepas, media melaporkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, meminta semua pihak bersabar menunggu keputusan laporan perubatan kes berkenaan kerana ia masih dalam peringkat siasatan dan rawatan, selain memerlukan masa untuk diselesaikan.

Terdahulu, pada 22 Ogos, Mohd Khalid memaklumkan polis sudah merakam keterangan 19 individu termasuk ahli keluarga Rafizi bagi membantu siasatan berhubung kejadian menimpa kanak-kanak itu.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik