Mahkamah Rayuan tolak permohonan Rosmah singkir hakim kes projek solar

PUTRAJAYA – Datin Seri Rosmah Mansor gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, untuk menyingkirkan Hakim, Datuk Mohamed Zaini Mazlan.

Ia membabitkan keputusan hakim itu (kini Hakim Mahkamah Rayuan) yang menjatuhi Rosmah, 74, hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta pada 1 September 2022 atas tiga kes rasuah bagi projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan demikian selepas mendapati pihak Rosmah gagal menunjukkan kepada mahkamah terdapat merit dalam rayuan terbabit.

“Susulan itu, mahkamah menolak rayuan Rosmah selaku perayu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 September 2022,” katanya yang bersidang bersama hakim-hakim Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin, lapor Sinar Harian.

Semasa hujahan, Datuk Jagjit Singh berkata, anak guamnya meminta hakim itu menarik diri daripada mendengar atau membuat keputusan berhubung kesnya yang berkaitan dengan projek hibrid solar.

Beliau berkata, Mohamed Zaini seharusnya menarik diri selepas dikatakan telah mengarahkan Unit Penyelidikan mahkamah menyediakan draf penghakiman sebelum menyampaikan keputusan.

Pada 1 September 2022, Mohamed Zaini memutuskan Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan itu dan mengenakan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun hukuman akan berjalan serentak, bermakna dia hanya menjalani hukuman penjara selama 10 tahun.

Dia juga didenda RM970 juta, dan jika gagal membayar denda itu, Rosmah boleh dihukum penjara 30 tahun.

Rosmah didakwa atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan Rosmah menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Sebelum ini, peguam yang mewakili Rosmah memohon agar mahkamah terlebih dahulu mendengar rayuan anak guamnya berhubung keputusan Mohamed Zaini yang menolak permohonan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk menggugurkan dirinya daripada mendengar serta mengadili kes solar tersebut.

Permohonan menyingkirkan Mohamed Zaini dibuat dua hari sebelum keputusan diumumkan, atas alasan penghakiman kes itu didakwa bocor.

Peguam juga memberitahu bahawa pasukan pembelaan memfailkan hujahan setebal 700 muka surat untuk rayuan itu.

Dalam prosiding berkenaan, selain Jagjit Singh, Rosmah selaku pemohon turut diwakili barisan peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader, Azrul Zulkifli Stork dan Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin sementara pendakwaan dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, K Mangai sebagai responden.

Related Posts

338 ladang babi berdaftar pada tahun lalu, berbanding 435 pada 2024 – Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Bilangan ladang penternakan babi berdaftar di negara ini menurun kepada 338 pada tahun lalu berbanding 435 ladang yang direkodkan pada 2024. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tinjauan Merdeka Center: Anwar kekal mendahului, 52 peratus rakyat puas hati prestasi Kerajaan

KUALA LUMPUR– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengekalkan kedudukan sebagai pemimpin politik paling mendapat sokongan rakyat apabila mencatat kadar penarafan positif sebanyak 52 peratus, menurut tinjauan terbaharu Merdeka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inkues Zara: Tiada bukti konklusif catatan ditulis pihak lain – Pakar

Inkues Zara: Tiada bukti konklusif catatan ditulis pihak lain – Pakar

KPDN Sabah peroleh sabitan kedua syarikat pembinaan ingkar Award TTPM

KPDN Sabah peroleh sabitan kedua syarikat pembinaan ingkar Award TTPM

IPD Saratok perkukuh integriti, teknologi dan usaha banteras dadah

IPD Saratok perkukuh integriti, teknologi dan usaha banteras dadah

Pemain industri diminta tidak bimbang sertai Banci Ekonomi 2026

Pemain industri diminta tidak bimbang sertai Banci Ekonomi 2026

MP Shah Alam tinjau laluan pejalan kaki stesen LRT Stadium Shah Alam 

MP Shah Alam tinjau laluan pejalan kaki stesen LRT Stadium Shah Alam 

Lawatan rasmi luar negara ikut keperluan strategik, tidak jejas langkah penjimatan – MoF

Lawatan rasmi luar negara ikut keperluan strategik, tidak jejas langkah penjimatan – MoF