KPDN Sabah peroleh sabitan kedua syarikat pembinaan ingkar Award TTPM

KOTA KINABALU – Syarikat Alex Contractor Sdn Bhd mengaku bersalah di Mahkamah Majistret 3 Kota Kinabalu atas pertuduhan di bawah Seksyen 117(2) Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana terus gagal mematuhi Award TTPM No. TTPM-SAB-(P)-34-2025 bertarikh 21 April 2025 yang mengarahkan syarikat itu membayar RM50,000 kepada pihak yang membuat tuntutan.

Pengarah KPDN Negeri Sabah, Shahril Nizam Shahidin berkata, kesalahan itu merupakan kesalahan berterusan selepas syarikat berkenaan sebelum ini disabitkan di bawah Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 pada 2 Disember 2025 kerana gagal mematuhi award tribunal yang sama.

“Bagaimanapun, syarikat pembinaan itu masih gagal melaksanakan award tersebut sehingga tindakan pendakwaan di bawah Seksyen 117(2) diambil.

“Penalti tambahan yang dikenakan oleh mahkamah adalah berdasarkan tempoh 203 hari kesalahan itu berterusan,” kongsinya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut Sharil Nizam, di bawah Seksyen 117(2), pihak yang terus gagal mematuhi Award (keputusan) Tribunal selepas disabitkan boleh dikenakan denda tambahan sehingga RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada hari sepanjang kesalahan itu berterusan.

Terdahulu, Majistret Marilyn Kelvin turut menjatuhkan hukuman denda RM20,300 atau penjara enam minggu sekiranya gagal membayar denda yang telah ditetapkan, walau bagaimanapun, syarikat berkenaan dilaporkan telah menjelaskan denda yang dikenakan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Raya KPDN, Gunasegaran Krishnan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Dalam pada itu, KPDN Sabah menegaskan pihaknya memandang serius kegagalan mana-mana pihak mematuhi Award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia kerana tindakan sedemikian menjejaskan hak pengguna serta integriti sistem penyelesaian tuntutan pengguna.

KPDN turut memberi amaran kegagalan mematuhi award tribunal merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang yang tegas.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff