Pemain industri diminta tidak bimbang sertai Banci Ekonomi 2026

KOTA KINABALU – Pemain industri dan syarikat di Sabah diminta tidak bimbang untuk memberikan maklumat dalam Banci Ekonomi 2026 kerana semua data yang dikumpulkan dilindungi di bawah undang-undang dan hanya digunakan bagi tujuan penyediaan statistik rasmi negara.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Jonnybone J. Kurum berkata, masih terdapat tanggapan dalam kalangan sebahagian syarikat bahawa maklumat yang diberikan menerusi banci boleh memberi kesan kepada operasi perniagaan mereka.

Namun katanya, Banci Ekonomi 2026 bertujuan mengumpul data bagi membantu kerajaan memahami landskap ekonomi semasa dan merangka dasar pembangunan yang lebih berkesan, bukannya menilai prestasi sesebuah syarikat.

“Jangan risau untuk memberikan maklumat. Banci Ekonomi ini adalah bagi tujuan pengumpulan data dan penyediaan statistik rasmi negara.

“Semua maklumat yang diberikan kepada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dilindungi di bawah Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989) dan kerahsiaannya sentiasa dipelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sesi Libat Urus Banci Ekonomi 2026 Bersama Badan Profesional dan Persatuan Perniagaan Negeri Sabah, pada Khamis.

Tambahnya, data yang tepat amat penting bagi membolehkan kerajaan menggubal dasar dan merancang pembangunan ekonomi berdasarkan keadaan sebenar.

“Tanpa data yang lengkap, kerajaan sukar mengenal pasti keperluan industri, peluang pelaburan serta sektor yang berpotensi untuk terus diperkasakan.

“Bagi merangka dasar yang berkesan, kerajaan perlu mempunyai gambaran sebenar mengenai keadaan ekonomi semasa. Sebab itu kerjasama semua pemain industri amat penting,” jelasnya.

Jonnybone turut menyeru badan profesional dan persatuan perniagaan menjadi rakan strategik DOSM dengan membantu menyebarluaskan maklumat mengenai kepentingan Banci Ekonomi 2026 kepada ahli masing-masing.

Katanya, kerjasama itu penting bagi meningkatkan kadar respon sekali gus memastikan statistik yang dihasilkan lebih tepat, berkualiti dan mencerminkan keadaan sebenar ekonomi Sabah.

“Statistik yang lengkap bukan sahaja membantu kerajaan merancang pembangunan, malah menjadi rujukan penting kepada pelabur, institusi kewangan, penyelidik dan komuniti perniagaan dalam membuat keputusan yang lebih tepat,”ujarnya.

Related Posts

Inkues Zara: Tiada bukti konklusif catatan ditulis pihak lain – Pakar

PAPAR – Mahkamah Koroner pada Khamis diberitahu pakar tulisan tangan dan pemeriksa dokumen forensik, ChM Dr Linthini Gannetion, tidak dapat membuat kesimpulan muktamad bahawa sebahagian catatan yang dipertikaikan bukan ditulis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPDN Sabah peroleh sabitan kedua syarikat pembinaan ingkar Award TTPM

KOTA KINABALU – Syarikat Alex Contractor Sdn Bhd mengaku bersalah di Mahkamah Majistret 3 Kota Kinabalu atas pertuduhan di bawah Seksyen 117(2) Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana terus gagal mematuhi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inkues Zara: Tiada bukti konklusif catatan ditulis pihak lain – Pakar

Inkues Zara: Tiada bukti konklusif catatan ditulis pihak lain – Pakar

KPDN Sabah peroleh sabitan kedua syarikat pembinaan ingkar Award TTPM

KPDN Sabah peroleh sabitan kedua syarikat pembinaan ingkar Award TTPM

IPD Saratok perkukuh integriti, teknologi dan usaha banteras dadah

IPD Saratok perkukuh integriti, teknologi dan usaha banteras dadah

Pemain industri diminta tidak bimbang sertai Banci Ekonomi 2026

Pemain industri diminta tidak bimbang sertai Banci Ekonomi 2026

MP Shah Alam tinjau laluan pejalan kaki stesen LRT Stadium Shah Alam 

MP Shah Alam tinjau laluan pejalan kaki stesen LRT Stadium Shah Alam 

Lawatan rasmi luar negara ikut keperluan strategik, tidak jejas langkah penjimatan – MoF

Lawatan rasmi luar negara ikut keperluan strategik, tidak jejas langkah penjimatan – MoF