MP Shah Alam tinjau laluan pejalan kaki stesen LRT Stadium Shah Alam 

SHAH ALAM – Kemudahan laluan pejalan kaki yang selamat dan selesa amat penting, khususnya untuk pelajar, warga kampus serta pengguna pengangkutan awam yang berulang-alik setiap hari.

Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof berkata demikian setelah meninjau keadaan laluan pejalan kaki dari Stesen LRT Stadium Shah Alam ke Management & Science University (MSU) susulan isu yang tular baru-baru.

“Tinjauan ini turut disertai pegawai dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melibatkan Jabatan Pengangkutan Bandar dan Jabatan Kejuruteraan bagi melihat keadaan sebenar di lokasi laluan pejalan kaki yang disediakan Prasarana sehingga Persiaran Sukan terhenti di pagar MSU (Management and Science University).

“Sehubungan dengan itu, saya telah menghubungi pihak pengurusan MSU untuk mendapatkan kepastian bahawa mereka mempunyai perancangan untuk membuka pagar dan menyambung laluan pejalan kaki ini ke MSU,” katanya menerusi hantaran media sosial pada Khamis.

Azli menegaskan, beliau percaya semua pihak akan bekerjasama untuk menyegerakan akses yang sempurna untuk kemudahan orang ramai.

Untuk rekod, laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) atau Laluan Shah Alam akan mula beroperasi sepenuhnya pada 29 Jun dengan majlis perasmian dijangka dilaksana oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 Jun.

Related Posts

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

LIMBANG – Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digalakkan memastikan anjing dan kucing menerima vaksinasi tahunan bagi membantu mengekang penularan penyakit rabies secara lebih berkesan. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

ROMPIN – Polis mengenal pasti identiti tiga sekeluarga yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam Shah, di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Rompin Superintendan Sharif…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat

Institusi strategik negara perlu diperkukuh dengan tadbir urus cekap

Institusi strategik negara perlu diperkukuh dengan tadbir urus cekap

Putra alu-alukan pemansuhan AUKU, anggap kemenangan kebebasan mahasiswa

Putra alu-alukan pemansuhan AUKU, anggap kemenangan kebebasan mahasiswa