Sibuk mahu runtuhkan kerajaan, PN pula yang retak dahulu

PEMERHATI politik, Raggie Jessy Rithaudeen berpandangan bahawa Perikatan Nasional (PN) kini berdepan keretakan dalaman yang semakin serius, meskipun sebelum ini sibuk dengan strategi untuk meruntuhkan kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas teguran terbuka Pas terhadap cadangan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mahu semua parti komponen menggunakan logo PN pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Apabila Pas menegur Muhyiddin, ia membawa maksud jelas bahawa masih wujud tanda soal mengenai keyakinan terhadap logo PN. Malah, langkah itu memberi gambaran wujud ketidaksepaduan dalam kepimpinan PN sendiri,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook.

Raggie menyifatkan perpecahan dalaman PN semakin terserlah apabila hanya kelompok kecil dalam Bersatu, yang digelar sebagai ‘kem Muhyiddin’, tampil mempertahankan cadangan berkenaan, manakala kepimpinan lain termasuk ‘kem Hamzah’ memilih untuk berdiam diri.

“Keadaan ini seolah-olah menjadikan Muhyiddin seorang ‘lone ranger’ kerana tidak ada pemimpin lain yang lantang membela beliau,” ujarnya.

Tambah beliau, sikap Pas yang tetap menekankan keperluan memimpin PN serta membayangkan calon Perdana Menteri daripada parti itu, jelas menunjukkan wujud perebutan kuasa dalam gabungan berkenaan.

“Pas tahu kekuatan sebenar mereka terletak di negeri-negeri tradisi seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Justeru, mereka berpegang bahawa logo bulan lebih selamat digunakan berbanding logo PN.

“Jika Pas berkeras, Bersatu pula akan menghadapi risiko besar kerana sebahagian besar kerusi yang dimenangi sebelum ini bergantung pada sokongan akar umbi Pas,” katanya.

Raggie turut menegaskan bahawa masalah utama PN berpunca daripada kegagalan melakukan penjenamaan semula selepas PRU15, kerana terlalu menumpukan usaha untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

“Selama hampir tiga tahun mereka sepatutnya menggunakan masa sebagai pembangkang untuk memperkukuh strategi dan membina jenama. Namun, kerana terlalu ghairah mahu menjatuhkan kerajaan, akhirnya PN sendiri yang berpecah,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau menjangka UMNO berpotensi besar merampas banyak kerusi Bersatu pada PRU16, sekali gus melemahkan lagi kedudukan PN sekiranya krisis dalaman ini berterusan.

“Pas berada dalam dilema. Jika Muhyiddin kekal, PN akan rugi kerusi. Jika beliau turun, perpecahan Bersatu pula akan lebih parah. Akhirnya, strategi yang tidak sepakat ini hanya memakan diri mereka sendiri,” katanya.

Justeru, Raggie menyeru supaya rakyat perlu sedar akan kegagalan PN mencari jalan keluar daripada kemelut dalaman sendiri, meskipun sering melaungkan naratif kononnya kerajaan bakal tumbang.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok