Robert Redford tutup usia, tinggal legasi Sundance

SUNDANCE – Robert Redford jarang kelihatan di Sundance pada tahun-tahun terakhir hayatnya, namun legenda Hollywood itu kekal sebagai figura besar di festival filem berpengaruh Amerika Syarikat (AS) yang turut diasaskannya.

Ditubuhkan pada 1980-an untuk menyokong pengarah kreatif dan bebas pada era di mana filem-filem pecah panggung seperti ‘Jaws’ dan ‘Star Wars’ yang menguasai Hollywood, Sundance bagi ramai pembikin filem adalah lambang sebenar legasi Redford.

“Memikirkan tentang kepentingan Robert sama seperti memikirkan tentang kepentingan bulan – ia sangat besar kesannya,” kata David Osit, seorang pengarah dokumentari ‘Predators’ yang ditayangkan perdana di Sundance tahun ini.

“Kesannya sukar difahami. Saya tidak tahu bagaimana rupa profesion ini tanpa pengaruhnya, terutama dalam dunia filem bebas,” katanya kepada AFP.

Bertahun-tahun sebelum peranannya yang terkenal dalam ‘Butch Cassidy and the Sundance Kid’, Redford yang berasal dari California membeli sebidang tanah kecil di kawasan pergunungan bersalji yang indah di Utah.

Lembah itu menjadi lokasi pertama Institut Sundance yang diasaskan Redford, yang menyediakan sumber dan latihan kepada pengarah filem muda, dan kemudiannya menjadi tapak Festival Filem Sundance – satu acara tahunan bagi tayangan filem bebas baharu yang mengubah landskap industri filem AS.

Diadakan setiap musim sejuk dalam suhu bawah sifar pada ketinggian 7,000 kaki (2,150 meter), Festival Sundance terkenal sebagai pemangkin kepada kerjaya pengarah seperti Quentin Tarantino dan Steven Soderbergh.

Kira-kira 4,000 filem cereka ditayangkan di festival ini sepanjang tahun, majoritinya daripada pengarah yang tidak terkenal dan memiliki bajet yang terhad.

“Di AS, biasanya tiada dana kerajaan untuk artis muda seperti di negara lain,” kata Richard Heredia-Arriaga, seorang pengarah yang telah terlibat dengan platform dalam talian Sundance Collab selama hampir sedekad.

“Itulah yang menjadikan Sundance begitu istimewa bagi pembikin filem Amerika, khususnya, kerana ia menjadi platform untuk karya anda dilihat dan pada asasnya diiktiraf secara profesional.”

Apabila ia semakin berkembang, Sundance mula menarik unsur-unsur komersial yang pada asalnya cuba dielakkan — sesuatu yang tidak selalu disenangi Redford.

Redford yang terkenal di depan dan belakang kamera dengan kerjaya merentasi enam dekad, meninggal dunia awal pagi semalam di kediamannya di Utah pada usia 89 tahun.

Related Posts

Sepilok Jazz 2026 berpotensi angkat Sandakan sebagai destinasi pelancongan antarabangsa

SANDAKAN – Festival Sepilok Jazz 2026 dilihat berpotensi menjadi antara produk pelancongan antarabangsa yang mampu mengangkat nama daerah ini sebagai destinasi pelancongan berasaskan muzik, budaya dan alam semula jadi. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKL, CIMB anjur konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka
  • AdenAden
  • August 26, 2026

KUALA LUMPUR – Kemeriahan sambutan konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka di sini bakal menghimpulkan barisan artis dan pengiat seni tanah air pada jam 8 malam, 30 Ogos ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu