Juventus seri 4-4 dengan Dortmund

JUVENTUS melakukan kebangkitan luar biasa awal pagi tadi apabila bangkit daripada ketinggalan dua gol pada masa kecederaan untuk mengikat Borussia Dortmund 4-4 pada aksi Liga Juara-Juara yang penuh mendebarkan.

Lloyd Kelly menjadi penyelamat Juve pada detik akhir perlawanan dengan menanduk masuk hantaran silang tepat Dusan Vlahovic, sekali gus mencetuskan suasana gamat di Turin.

Walaupun Kelly muncul wira, pemain gantian Vlahovic sebenarnya kunci kebangkitan apabila penyerang Serbia itu sekali lagi menempelak pengkritiknya dengan dua gol termasuk jaringan pada minit ke-94 yang menghidupkan semula peluang Juve.

Ia adalah kali ketiga musim ini Vlahovic, yang sebelum ini hampir meninggalkan kelab pada musim panas, bertindak cemerlang dari bangku simpanan, menjadikan jumlah golnya kini empat dalam semua pertandingan.

“Ia bukan masa yang mudah untuk saya, terlalu banyak perkara ditulis yang 99 peratus daripadanya langsung tidak benar dan ia memang memberi kesan kepada saya,” kata Vlahovic kepada Sky Sports.

“Tetapi saya jadikan ia sebagai kekuatan. Setiap hari adalah peluang untuk buktikan sesuatu, untuk tunjukkan rasa lapar. Itulah diri saya, saya tidak pernah betul-betul puas.”

Pasukan kendalian Igor Tudor kelihatan hampir tersungkur apabila Ramy Bensebaini menyempurnakan penalti pada minit ke-86 untuk meletakkan Dortmund di depan 4-2.

Namun sama seperti hujung minggu lalu, ketika Juve menjaringkan gol lewat untuk menewaskan musuh tetangga Inter Milan, kali ini Kelly pula tampil menyelamatkan mereka dengan keputusan seri yang tidak dijangka.

“Kalau kami terus bolos gol seperti malam ini, kami tidak akan ke mana-mana,” kata Tudor.

“Selepas beberapa hari yang penuh tekanan ini, saya rasa saya perlukan sedikit rehat.”

Related Posts

Arsenal, United tutup tirai EPL dengan kemenangan

ARSENAL menutup tirai musim penuh gemilang dengan melakar kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park sebelum menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) secara rasmi buat kali pertama dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelantan Red Warriors layak ke Liga Super musim depan

KOTA BHARU – Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) menutup saingan Liga A1 Semi Pro musim ini di tangga keempat liga selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Bunga Raya FC…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama