PMX dianugerah Imam Khalifah Agong Persilatan, peruntuk RM2 juta bagi Pendekar MADANI

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditabal sebagai Imam Khalifah Agong Sri Tri Buana Simanjakini Gangga Chula Sakti dalam satu majlis gilang-gemilang sempena sambutan Hari Malaysia di Politeknik Seberang Perai, di sini, pada Selasa.

Penganugerahan itu disempurnakan oleh tokoh persilatan terkemuka, Datuk Dr Raja Abdul Majid Raja Mat Isa, yang disifatkan Perdana Menteri sebagai guru dan sahabat setia dalam perjalanan hidup beliau.

“Pengiktirafan ini adalah amanah yang melambangkan keluhuran warisan silat serta kesinambungan perjuangan bangsa yang tidak pernah putus sejak turun-temurun,” katanya.

Majlis yang menghimpunkan lebih 10,000 anak-anak Pendekar MADANI daripada pelbagai persatuan silat itu turut menyaksikan kerajaan memperuntukkan RM2 juta bagi menyelaras gerakan besar menyatukan semua pertubuhan silat di bawah panji semangat Pendekar MADANI.

Perdana Menteri berkata, dana tersebut akan dimanfaatkan untuk menyemarakkan gelanggang silat di sekolah, politeknik, universiti dan institusi pendidikan di seluruh negara, dengan matlamat melahirkan generasi muda yang bukan sahaja tangkas bersilat, malah berdisiplin, berakhlak mulia, berjiwa besar dan berbangga dengan pusaka bangsa.

Beliau turut menegaskan bahawa semangat Pendekar MADANI tidak bertujuan untuk bermegah atau bersikap angkuh, tetapi sebagai wadah membentuk akhlak, menanam rasa hormat sesama insan tanpa mengira kaum, dan mengasuh jiwa agar gagah dalam kehidupan.

“Sejarah gemilang Kesultanan Melayu Melaka mengajar kita bahawa kekuatan bukan sekadar kuasa, tetapi kerana ilmu, kepintaran, akhlak, teknologi dan disiplin yang kental. Itulah semangat yang mesti kita hidupkan hari ini, yakni semangat yang membenci kezaliman, menolak penindasan dan menjulang maruah bangsa,” ujarnya.

Anwar turut mengenang jasa tiga tokoh besar persilatan, iaitu Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman, Ustaz Hanafi Ahmad dan Pakndak Majid yang membimbing beliau dalam ilmu persilatan.

Katanya, kehebatan silat bukan hanya pada gerak langkah atau sepak terajang, tetapi disiplin, akhlak dan adab menghormati sesama manusia.

Related Posts

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berhubung kenyataan yang didakwa dibuat ketika satu ceramah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis