Tanah runtuh hempap rumah di Kg Cendera Kasih, 5 maut

[KEMAS KINI] KOTA KINABALU – Seramai 11 mangsa terlibat dan lima disahkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh yang menghempap sebuah rumah di Bukit Cendera Kasih, Kampung (Kg) Cendera Kasih, Kolombong di sini pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 10.02 pagi melalui MERS999 sebelum sepasukan anggota BBP Lintas digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi benar berlaku tanah runtuh yang telah menghempap rumah.

“Terdapat 11 orang mangsa terlibat dilaporkan, empat orang mangsa telah keluar dengan selamat manakala lima mangsa dijumpai meninggal dunia oleh pasukan penyelamat.

“Dua lagi mangsa masih dalam pencarian.

“Mangsa yang meninggal dunia disahkan oleh pegawai perubatan di lokasi,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi memastikan tiada mangsa lain yang terperangkap.

Jelasnya, maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Hujan lebat berterusan dari semalam menyebabkan banyak kawasan di Sabah yang mengalami bencana banjir dan tanah runtuh.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET