PDRM sahkan menantu Abdul Hadi ditahan bantu siasatan kekecohan Kg Sungai Baru

PUTRAJAYA  – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menahan Yang Dipertua Pas Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad pada Isnin bagi membantu siasatan insiden kekecohan yang berlaku ketika operasi pengosongan bangunan di beberapa rumah di Kampung Sungai Baru

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, penahanan Zaharudin dijalankan untuk siasatan mengikut Seksyen 186, Seksyen 353 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Saya sahkan penahanan terbabit (Zaharudin) bersabit kes Kampung Sungai Baru tempoh hari,” katanya ringkas kepada The Malaysia Press (TMP) pada Isnin.

Seksyen 186 berkaitan kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya, manakala Seksyen 324 kerana menyebabkan kecederaan secara sukarela menggunakan senjata berbahaya.

Seksyen 353 pula berkaitan penggunaan kekerasan jenayah bagi menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Terdahulu, Zaharudin yang juga menantu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang itu difahamkan ditahan di kediamannya di tengah malam Ahad.

Perkara itu disahkan oleh Pas Selangor yang memaklumkan Zaharuddin ditahan di rumahnya kira-kira 1.30 pagi tadi berhubung pengusiran beberapa penduduk Kampung Sungai Baru.

Sebelum ini, Sulizmie Affendy cedera semasa mengawal keadaan ketika operasi pengosongan bangunan di beberapa rumah di Kampung Sungai Baru, di sini.

Operasi berkenaan susulan arahan mahkamah bagi melaksanakan proses merobohkan struktur rumah di kawasan berkenaan.

Susulan kekecohan itu, tujuh individu termasuk ketua sebuah pertubuhan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kekecohan dan mencederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ketika operasi pengosongan bangunan di Kampung Sungai Baru, Sabtu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 15 hingga 52 tahun.

Related Posts

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun lima sen seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos depan. Kementerian Kewangan (MOF), dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

PELAKON filem dan drama Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia pada Rabu dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham yang berusia 68 tahun itu menghembuskan nafas terakhir jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi anggap ‘Cik Man’ anak seni disegani ramai

Fahmi anggap ‘Cik Man’ anak seni disegani ramai

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan