Chelsea ‘beli’ Emegha dari Strasbourg

CHELSEA menandatangani seorang penyerang baharu, 11 hari selepas jendela perpindahan ditutup.

Emanuel Emegha, 22, akan berpindah dari kelab angkat mereka, Strasbourg pada 2026.

Bintang Belanda itu adalah kapten Strasbourg dan menjaringkan 14 gol dalam 27 penampilan Ligue 1 musim lalu.

Musim ini, dia sudah menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan bagi semua pertandingan.

Aston Villa dan Nottingham Forest pernah mempertimbangkan untuk mendapatkan penyerang itu pada musim panas ini, tetapi dia memilih untuk memimpin Strasbourg ke pentas Eropah.

Kedua-dua kelab tidak mendedahkan berapa yuran perpindahan Emegha dan laporan di England serta Perancis juga belum menyebut jumlahnya.

Difahamkan dia akan berpindah pada musim panas depan dan bukannya pada jendela Januari.

Chelsea dan Strasbourg sebelum ini sudah terbabit dalam beberapa urusan perpindahan bersama.

Minggu lalu, kelab Liga Perdana Inggeris itu menandatangani semula seorang bekas pemain mereka, hanya beberapa minggu selepas menjualnya ke Strasbourg dalam perpindahan yang dianggap pelik.

Pemain pertahanan kiri, Ben Chilwell yang tersisih daripada perancangan, berpindah ke Strasbourg secara pinjaman mengejut pada awal musim panas ini manakala Chelsea menandatangani pertahanan tengah Strasbourg, Mamadou Sarr pada awal Jun sebelum meminjamkannya semula ke sana dua bulan kemudian.

Related Posts

Gol masa kecederaan bantu Kanada tewaskan Afrika Selatan

TUAN rumah bersama, Kanada meraih gol kemenangan pada masa kecederaan untuk menewaskan Afrika Selatan 1-0 di pusingan 32, sekali gus muncul pasukan pertama mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
England juara kumpulan L, atasi Panama 2-0

ENGLAND mengalahkan Panama 2-0 untuk muncul juara Kumpulan L Piala Dunia, hasil jaringan Jude Bellingham dan Harry Kane di babak kedua, pagi ini. Bellingham memecah kebuntuan pada pertengahan babak kedua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Plan Tindakan Malaysia Digital 2030 tingkat kesiapsiagaan Malaysia hadapi era AI – PM

Plan Tindakan Malaysia Digital 2030 tingkat kesiapsiagaan Malaysia hadapi era AI – PM

Internet lemah di lima lokasi Kukup, Cheah Chee Hong desak tindakan segera demi rakyat

Internet lemah di lima lokasi Kukup, Cheah Chee Hong desak tindakan segera demi rakyat

Polis Perlis tahan 11 tekong, 33 PATI dalam tempoh dua bulan

Polis Perlis tahan 11 tekong, 33 PATI dalam tempoh dua bulan

‘Blackout’ jejas pendapatan, operasi harian peniaga kecil

‘Blackout’ jejas pendapatan, operasi harian peniaga kecil

SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos bagi PRN Johor

SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos bagi PRN Johor

Penurunan harga minyak dunia perlu diterjemahkan kepada harga barangan lebih rendah

Penurunan harga minyak dunia perlu diterjemahkan kepada harga barangan lebih rendah