Kastam Johor tumpaskan cubaan seludup air zamzam, cecair vape

JOHOR BAHRU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya menumpaskan cubaan menyeludup air zamzam dan cecair rokok elektronik dengan nilai rampasan keseluruhan termasuk duti serta cukai dianggarkan mencecah RM3.42 juta.

Pengarah Kastam Johor, Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata, kejayaan itu hasil dua operasi berasingan melibatkan pemeriksaan kontena di Zon Bebas Pelabuhan Johor dan sekatan sebuah lori di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah bulan lalu.

Menurutnya, dalam kes pertama pada 5 Ogos lalu, sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasaan Pasir Gudang menahan sebuah kontena 40 kaki, sebelum tiga lagi kontena disita pada 14 Ogos di Bay Pemeriksaan Kontena, Zon Bebas Pelabuhan Johor.

“Pemeriksaan rapi menemukan sebanyak 21,582 botol air zamzam bersamaan 107,910 liter tanpa permit import. Air zamzam adalah barang larangan.

“Ia hanya boleh diimport dengan lesen mengikut Butiran 35, Bahagian I, Jadual III, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

“Dagangan ini diikrarkan dalam dokumen Kastam sebagai Holy Waterordinary water,” katanya menerusi kenyataan media, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Aminul Izmeer menegaskan nilai dagangan berkenaan dianggarkan RM2.58 juta dengan jumlah duti serta cukai RM647,460, menjadikan keseluruhan kira-kira RM3.23 juta dan kes disiasat di bawah Peraturan 30(1), Peraturan Zon Bebas 1991.

Sementara itu, bagi kes kedua pula, Aminul Izmeer berkata, pihaknya berjaya menggagalkan cubaan menyeludup cecair vape selepas imej mencurigakan dikesan pada sebuah lori Hino.

Katanya, cubaan menyeludup itu tidsk berjaya ketika melalui Unit Mesin Pengimbas, Customs Border Management (CBM) Cawangan Eksport Stesen Gelang Patah pada 6 Ogos lalu.

“Pemeriksaan lanjut menemui 7,680 unit cecair rokok elektronik (E-liquid Pods) yang disembunyikan di bahagian belakang tempat duduk pemandu, selain 84 Bobbins Automotive Wire yang diikrarkan dalam Borang Kastam 2.

“Sebuah lori bernilai RM130,000 turut disita, menjadikan nilai rampasan kes ini berjumlah RM185,576 termasuk cukai. Kes disiasat di bawah Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967,” katanya.

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman