Mayat wanita reput ditemui dekat KLIA

PUTRAJAYA – Mayat seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an dipercayai dibunuh, ditemui dalam keadaan reput berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1 September lalu.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 7.50 malam mengenai penemuan mayat itu.

“Keadaan mayat sudah mereput dengan bahagian kepala tidak sempurna dan hanya tinggal tengkorak.

“Berdasarkan keadaan fizikal, mangsa disyaki meninggal dunia lebih kurang seminggu,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata, mangsa masih berpakaian lengkap, memakai baju T-shirt putih jenama Drum bersaiz XS bertulis ‘Fear Less’ serta seluar kargo pendek berwarna krim bersaiz L.

Menurutnya, setakat ini identiti mangsa masih belum dapat dipastikan kerana tiada dokumen pengenalan diri dijumpai bersama mayat.

Azman berkata, hasil bedah siasat dijalankan di Unit Forensik Hospital Serdang mendapati empat kecederaan mencurigakan pada tubuh mangsa.

Katanya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Beliau meminta kerjasama orang awam atau waris segera menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Deputi Superintenden Tee Ah Chew di talian 018-2183555.

Related Posts

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

KUANTAN – Tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah di sekitar Tasek Bera perlu dilihat dari sudut pematuhan undang-undang, bukan sebagai usaha menindas masyarakat Orang Asli. Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

LIMBANG – Ribuan pengunjung membanjiri Tebingan Sungai Limbang pada Ahad bagi menyaksikan Pertandingan Perahu Naga yang menjadi antara acara utama sempena hari terakhir Pesta Limbang 2026. Pertandingan yang berlangsung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan