Inkues Zara: Simulasi jatuhan guna patung baharu dalam lawatan lokasi kejadian esok

KOTA KINABALU – Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir dijangka menyaksikan satu lagi demonstrasi jatuhan apabila pihak berkepentingan, peguam Joan Goh dan pasukannya, dibenarkan membawa patung baharu ke lokasi kejadian (locus in quo) pada Khamis.

Menurut Joan, hanya dua peguam bagi setiap pihak dibenarkan berada di lokasi semasa simulasi berlangsung.

Beliau berkata, patung yang dibawa kali ini berbeza daripada yang digunakan di mahkamah sebelum ini.

“Esok kami akan bawa patung lain, bukan yang sebelum ini.

“Kami akan pakaikan patung dengan seluar trek dan t-shirt longgar, dengan berat ditambah supaya hampir sama dengan berat arwah, iaitu 53 kilogram.

“Ketinggian mangsa 153 sentimeter, manakala patung 152 sentimeter,” katanya ketika ditemui selepas prosiding, pada Rabu.

Beliau menjelaskan simulasi itu bertujuan menunjukkan perbezaan jarak jatuhan sama ada patung dilepaskan secara tegak atau seolah-olah ditolak, bagi memberi gambaran kepada mahkamah mengenai kedudukan sebenar mangsa.

“Tujuan utama adalah untuk menunjukkan jarak jatuhan.

“Kalau ditolak, berapa jauh jaraknya. Kalau dilepaskan kaki dahulu, bagaimana pula jaraknya,” ujarnya.

Simulasi ini dilihat penting kerana ia boleh membantu mahkamah menilai sama ada kecederaan yang dialami Zara konsisten dengan jatuhan sendiri dari ketinggian atau wujud kemungkinan faktor lain.

Sebelum ini, pakar patologi, Dr Jessie Hiu, memberi keterangan bahawa kecederaan mangsa adalah konsisten dengan impak jatuh dari tempat tinggi.

Selepas demonstrasi di lokasi, prosiding inkues akan diteruskan semula di Mahkamah Koroner bersama keterangan Dr Jessie dan seorang lagi saksi, pengawal keselamatan sekolah, Linah Mansindong@Jaliha, 65.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik