Thaksin diarah jalani hukuman penjara setahun

BANGKOK – Mahkamah Agung Thailand hari ini mengarahkan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, dipenjara serta-merta untuk menjalani hukuman setahun.

Mahkamah memutuskan hukuman penjara dijatuhkan pada 2023 tidak dilaksanakan dengan betul dan kini tertuduh perlu menjalani baki hukuman penjara yang dielakkannya ketika dalam tahanan hospital.

“Mahkamah akan mengeluarkan waran penjara dan pegawai dari Penjara Reman Bangkok akan membawanya ke penjara,” menurut keputusan dibacakan seorang hakim.

Thaksin, 76, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa selepas pulang ke negara itu pada Ogos 2023, selepas bertahun-tahun hidup dalam buangan.

Dia bagaimanapun tidak pernah bermalam di dalam sel penjara, sebaliknya dihantar terus ke bilik hospital swasta, sebelum hukumannya dikurangkan kepada setahun melalui pengampunan diraja, kemudian dibebaskan awal menerusi skim pelepasan banduan warga emas.

“Menghantarnya ke hospital adalah tidak sah, defendan tahu penyakitnya bukan kes kecemasan dan berada di hospital tidak boleh dikira sebagai tempoh penjara,” menurut keputusan mahkamah seperti dilapor Reuters.

Keputusan itu dibuat ketika Thaksin dan kem politiknya berdepan tempoh cabaran politik.

Ini berikutan anak perempuannya, Paetongtarn Shinawatra, dipecat sebagai perdana menteri 11 hari lalu oleh mahkamah.

Sebelum ini, mahkamah menyita rekod perubatan Thaksin dan memanggil 20 saksi, termasuk bekas ketua jabatan pemulihan dan pakar perubatan yang merawatnya.

Dalam perkembangan berasingan, Majlis Perubatan Thailand menggantung tugas dua doktor kerana mengeluarkan dokumen mengandungi maklumat perubatan palsu.

Seorang doktor penjara pula diberi amaran kerana gagal mematuhi piawaian perubatan dalam merujuk Thaksin untuk rawatan hospital.

Paetongtarn, ketika ditemui di luar Mahkamah Agung, berkata bapanya masih ‘bersemangat’ walaupun dijatuhi hukuman penjara setahun.

“Ayah saya tetap menjadi pemimpin berjiwa besar, sama ada melalui peranan politiknya sebelum ini, sumbangannya kepada negara, atau keikhlasannya untuk menjadi sebahagian daripada usaha meningkatkan kehidupan rakyat,” katanya.

Related Posts

Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

NAIB Presiden Pertama Iran, Mohammad Reza Aref, mengeluarkan amaran keras pada awal pagi Isnin bahawa keselamatan di Selat Hormuz tidak dapat dijamin sekiranya eksport minyak negara itu terus disekat. Menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global