Gubal garis panduan syariah membabitkan AI

KUANTAN – Pihak berkuasa agama digesa menggubal garis panduan syariah bagi penggunaan kecerdasan buatan (AI) selain memperkukuh kesedaran digital umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, teknologi mesti dimanfaatkan sebagai medan dakwah, tarbiah dan pengukuhan iman, bukan sekadar sebagai pemacu ekonomi.

“Antara cabaran utama AI ialah isu etika penggunaan data, krisis identiti akibat manipulasi suara dan wajah serta penyebaran maklumat palsu yang boleh mengelirukan masyarakat, termasuk berkaitan ajaran Islam.

“Jika tidak dikawal, teknologi ini boleh menjadi alat yang meruntuhkan kepercayaan, bukannya mengukuhkan,” katanya seperti dilapor Bernama.

Terdahulu, beliau merasmikan Persidangan i-CONSCIENCE 2025 bertemakan Humanity in the Era of Artificial Intelligence: Preserving Values, Ethics & Cultural Identity di sini, hari ini.

Persidangan itu dijangka mampu melahirkan idea baharu dan memperkukuh jaringan antarabangsa ke arah pembangunan tamadun insan beretika serta beridentiti.

Persidangan dwitahunan itu diadakan buat kali ketiga selepas kejayaan penganjurannya pada 2020 dan 2023, menghimpunkan lebih 180 sarjana, penyelidik dan peserta dari dalam dan luar negara bagi membincangkan isu berkaitan teknologi, nilai kemanusiaan, cabaran etika, budaya dan masyarakat dalam era AI.

Mohd Na’im berkata, umat Islam perlu menghadapi cabaran era AI dengan bijaksana, berpandukan nilai agama dan kesedaran digital secara komprehensif.

Beliau berkata, Garis Panduan Kandungan Berunsur Islam Dalam Media Baharu yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah langkah penting bagi memastikan kandungan media digital selaras dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Related Posts

Tiada usul undi tidak percaya terhadap PMX diterima – Johari

BANGI – Tiada usul undi tidak percaya dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikemukakan setakat ini, menjelang Sidang Dewan Rakyat yang dijadual bermula 5 Oktober depan. Yang di-Pertua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

PUTRAJAYA – Pemansuhan syarat minimum 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi syarikat yang mengendalikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) tidak semestinya menggugat masa depan pemilikan Bumiputera dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar