JSJN Sabah rampas 20.7kg ketamin, sindiket edar dadah guna premis kurier 

KOTA KINABALU – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah apabila sepasukan pegawai dan anggota melakukan serbuan di sebuah premis di kawasan Kapayan, di sini, pada 4 September lepas.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, pihaknya menemui dua karung berwarna hijau yang mengandungi 20 bungkusan bertulis ‘Tie Guan Yin’ semasa serbuan.

“Pemeriksaan ke atas bungkusan-bungkusan berkenaan didapati bungkusan itu disyaki mengandungi dadah jenis ketamin dan jumlah berat keseluruhan dadah yang dirampas adalah 20.7 kilogram (kg) yang bernilai lebih kurang RM1 juta lebih.

“Dan ekoran daripada ini, soal siasat ke atas suspek ini telah dijalankan dan hasil daripada soal siasat yang telah dilaksanakan pada 5 September,” katanya semasa sidang media berkaitan tangkapan dan Rampasan Dadah Ketamin oleh JSJN Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah di Pejabat JSJN, IPK Sabah, di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata hasil soal siasat terhadap suspek yang ditahan, JSJN berjaya menahan tiga lagi individu dipercayai terbabit dengan rangkaian sindiket pengedaran dadah dari Semenanjung ke Kota Kinabalu sebelum diedarkan di negeri ini.

Jelasnya, jumlah ketamin yang dirampas itu mampu digunakan oleh seramai 68,993 penagih untuk sekali penggunaan. 

“Kejayaan ini juga merupakan kejayaan kedua dalam tempoh seminggu, selepas rampasan lebih 40 kg syabu sebelum ini.

“PDRM menasihatkan orang ramai supaya terus memberikan kerjasama serta menyalurkan pelbagai maklumat bagi membantu usaha membanteras aktiviti pengedaran dadah di negeri Sabah,” ujarnya.

Jauteh turut mendedahkan bahawa premis yang diserbu dalam operasi tersebut merupakan sebuah premis yang terlibat dalam rangkaian perkhidmatan kurier.

Katanya, perkara ini menunjukkan kemungkinan besar dadah yang dibawa masuk ke Sabah menggunakan pintu pemasukan secara sah.

Empat individu ditahan dalam serbuan tersebut, terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita yang berumur antara 41 hingga 56 tahun. 

PKesemua mereka merupakan warganegara tempatan, termasuk sepasang suami isteri.

“Kita tidak menolak kemungkinan bahawa dadah yang masuk ke Sabah turut menggunakan perkhidmatan kurier, sebagaimana yang kita syaki sejak minggu lalu,” kata kenyataan itu.

Sebagai rekod, antara tangkapan yang berjaya adalah sebuah kereta jenis Lamborghini Aventador; sebuah kereta jenis Mercedes Benz E250; sebuah kereta jenis Toyota Alphard; sebuah kereta jenis Mercedes Ben’s CLA 300; sebuah kereta jenis Chevrolet Corolado; dua unit televisyen 60 inci; tujuh unit speaker; satu beg tangan berjenama dan wang tunai berjumlah RM4,670.00.

Jumlah sitaan dianggarkan bernilai RM3,183,090 dan nilai anggaran keseluruhan rampasan dan sitaan berjumlah RM4,218,090.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai