Kakitangan Petronas terima ugutan bakar fasiliti LNG

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, seorang kakitangan Petronas menerima mesej ugutan yang mengancam untuk membakar kemudahan gas asli cecair (LNG) di negara ini.

Menurut beliau, mesej itu dihantar melalui nombor telefon berdaftar dari Indonesia dengan menyertakan tuntutan tertentu dan ugutan akan dilaksanakan sekiranya tiada tindak balas diberikan.

“Identiti penghantar masih dalam siasatan polis. Yang penting, kita tidak memandang ringan perkara ini dan langkah berjaga-jaga telah pun diambil,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan Pelan Tindakan Nasional Malaysia Mengenai Wanita, Keamanan dan Keselamatan di ibu negara, hari ini.

Fadillah menegaskan berikutan insiden itu Majlis Keselamatan Negara (MKN) segera mengarahkan semua fasiliti LNG meningkatkan tahap kawalan keselamatan bagi memastikan kepentingan negara tidak terjejas.

Terdahulu, MKN dalam kenyataannya turut menegaskan pihaknya memandang serius ancaman tersebut dan telah menggerakkan langkah berjaga-jaga, termasuk menasihatkan semua fasiliti LNG di seluruh negara supaya meningkatkan keselamatan sementara siasatan lanjut dijalankan.

Dalam pada itu, orang ramai turut diingatkan supaya tidak membuat spekulasi berhubung isu berkenaan, sebaliknya menunggu perkembangan rasmi daripada pihak berkuasa.

Foto: Facebook Fadillah Yusof

Related Posts

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

TEMERLOH – Seorang pemandu lori didakwa membunuh empat individu dalam nahas membabitkan 11 kenderaan di Kilometer (KM) 110.3, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), pada 31 Ogos lalu. Menurut laporan Berita Harian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah berharap penyelesaian tuntutan hak 40 peratus hasil bersih yang diperuntukkan kepada negeri itu dapat disegerakan oleh Kerajaan Persekutuan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak